Panduan Melancong ke Seoul, Korea Selatan

Seoul, 8-12 November 2018...Perjalanan yang tidak diduga dan hanya dirancang dalam jangkamasa yang pendek..Semuanya kerana trip ke Eropah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir..Kami bertiga mengambil keputusan untuk meneruskan percutian tetapi haluan diubah ke Seoul, Korea Selatan.

Disebabkan pembelian tiket dibuat pada saat-saat akhir, kami terpaksa membayar RM1000 seorang untuk penerbangan AirAsia X pergi balik dari Kuala Lumpur ke Seoul, dan harus diambil maklum, jumlah yang kami bayar tersebut tidak termasuk caj untuk daftar masuk bagasi dan makanan. AirAsia hanya membenarkan beg seberat 7 kg maksimum dibawa masuk ke kabin. Untuk tempahan makanan dan tambahan berat bagasi, prosesnya boleh dibuat secara dalam talian.

Penulis bergambar di Bukchon Hanok Village



Hari Pertama
Kata Kunci: beli kad T Money, Hotel The State Sunyu, Airport Railroad Express (AREX), Busan Jib Halal Food
  • 7.20 pagi >  Penerbangan kami berlepas dari Kuala Lumpur International Airport menaiki AirAsia X D7 504. 
  • 2.50 petang > Tiba di Incheon International Airport. Seperti kebiasaannya, utk memasuki ke negara luar, perlu melepasi pemeriksaan imigresen dan kastam.  Nasib 2 orang rakan yang turut serta dalam trip kali ini agak kurang baik. Setibanya di kaunter imigresen, kedua-dua mereka telah ditahan untuk siasatan lanjut. Korang boleh baca kisah lanjut berkenaan dengan insiden ini ditulisan abam yang sebelum ini. Boleh klik di sini
  • 5.00 petang > Setelah selesai urusan imigresen dan kastam, kami menuju ke salah sebuah convenience store di dalam Incheon Airport untuk membeli kad T Money. Kad ni fungsinya seperti TnG di Malaysia, boleh digunakan untuk menaiki bas dan tren. Yang besnya, dengan penggunakan kad ni, harga tambang yang perlu dibayar adalah lebih murah. Sebagai contoh, harga tambang sehala Subway di Seoul dengan menggunakan kad ini adalah 1250 Won (RM 4.70), tanpa T Money, korang perlu membayar 1350 Won (RM 5). Untuk pengetahuan korang, harga kad adalah 2500 Won (RM10), dan untuk trip kali ini, setelah di kira-kira, abam top up sebanyak 35,000 Won (RM 130) untuk penggunakan selama 5 hari. 
  • 6.00 petang > Kami menuju ke hotel yang telah ditempah, The State Sunyu Hotel. Untuk ke sini, dari terminal 1, kami menaiki Airport Railroad Express (AREX). Jangan ambil Express Train, tetapi ambil All Stop Train. Pintu masuk berada di kawasan yang berlainan, jadinya korang perlu berhati-hati. Dari terminal 1, ambil tren ini dan kemudian turun di Gimpo International Airport. Disini, tukar ke platform sebelah untuk menaiki Line 9 menuju ke Sport Complex, tetapi turun di stesyen Seonyudo. Keluar mengikut pintu 1 untuk menuju ke hotel. Hotel terletak beberapa meter sahaja dari pintu keluar. 
  • 8.00 malam > Malamnya kami mengambil keputusan untuk ke Myeongdong. Tujuan utama adalah untuk makan malam di restoran Busan Jib Halal Food. Bagaimana ke sini? Dari hotel, kami naik Line 9 menuju ke Dongjak. Kemudian tukar menaiki Line 4 untuk ke stesyen Myeongdong. Keluar ikut pintu 6. Cari Uniqlo, dan apabila Uniqlo berada disebelah kanan korang, jalan terus sehingga bertemu Apple Frisbee disebelah kanan. Kedai makan ini terletak betul-betul di lorong sebelum Apple Frisbee. 
  • 10.00 malam > Untuk pulang ke hotel, naik Line 4 untuk turun di Dongjak, kemudian tukar menaiki Line 9 untuk ke Seonyudo. Keluar ikut pintu 1 menuju ke hotel. 
Makan di Busan Jib Myeongdong


Hari Kedua
Kata Kunci: Masjid Itaewon (Seoul Central Masjid), Bukchon Hanok Village, Gyeongbukgung Palace, King Sejong Statue, Cheonggyecheon Stream, Dongdaemun Night Market
  • 8.00 pagi > Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami mengambil keputusan untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Itaewon (Seoul Central Masjid). Dari hotel, kami menaiki Line 9 ke Yeouido, kemudian tukar menaiki Line 5 ke Gongdeok. Dari Gongdeok, kami menaiki Line 6 untuk ke Itaewon. Keluar mengikut pintu 3. Jalan terus ke hadapan sejauh 100 meter, belok ke kanan memasuki Usadan-ro Road. Kemudian jalan lagi sejauh 150 meter sebelum belok ke kiri memasuki Usadan-ro 10-gil Road. Teruskan berjalan sejauh 200 meter untuk sampai ke masjid. 
  • 1.00 tengah hari > Kami mengambil keputusan untuk makan tengah hari di salah sebuah restoran yang terletak di area Itaewon. Untuk pengetahuan korang, terdapat banyak kedai berstatus halal di sekitar Itaewon, jadi tak susah untuk memilih. Kerana tertarik dengan dendangan lagu M Nasir yang dimainkan oleh Restoran Itaewon Coffee & Food Kitchen, kami telah mengambil keputusan untuk memilih restoran ini. Harga yang amat berpatutan dan amat-amat di syorkan untuk makan disini. 
  • 2.00 petang > Setelah makan tengah hari, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bukchon Hanok Village. Ini adalah sebuah perkampungan tradisi Korea yang terletak di puncak bukit di antara istana Gyeongbok dan Changdeok. Rumah-rumah disini ada yang telah berusia menjangkau 600 tahun. Dari Itaewon, kami naik Line 6 ke Yaksu. Kemudian tukar menaiki Line 3 ke Anguk. Keluar di pintu 1, jalan terus kehadapan sejauh 300 meter, untuk tiba di Bukchon Hanok Village. Jangan risau jika korang sesat sewaktu menuju ke perkampungan ini, kerana akan ada pemandu-pemandu pelancong warga tempatan yang fasih berbahasa inggeris. 
  • 4.00 petang > Kami meneruskan perjalanan ke Gyeongbukgung Palace & King Sejong Statue. Dari stesyen Anguk, ambil Line 3 menuju ke Gyeongbukgung Station. Keluar ikut pintu 6, lintas jalan dihadapan korang, kemudian berjalan menuju ke arah kanan. sejauh 200 meter untuk sampai di Gyeongbukgung Palace. Untuk ke King Sejong Statue pula, lintas jalan di hadapan Gyeongbukgung Palace, teruskan berjalan kehadapan sejauh 300 meter. 
  • 6.00 petang > Destinasi akhir pada hari kedua..kami menuju ke Cheonggyecheon Stream & Dongdaemun Night Market. Dari stesyen Gyeongbukgong, ambil Line 3 menuju ke stesyen Jongno 3 (sam)-ga. Kemudian tukar menaiki Line 1 ke Dongdaemun. Keluar ikut pintu 8, jalan kaki dalam 3-5 minit sebelum sampai di Cheonggyecheon Stream. Dongdaemun Night Market juga terletak dikawasan yang berdekatan. 
  • 9.00 malam > Untuk pulang ke hotel, dari stesyen Dongdaemun, ambil Line 1 ke Noryangjin. Kemudian tukar menaiki Line 9 ke Seonyudo. Keluar ikut pintu 1 untuk menuju ke hotel. 
Penulis dan Akmal di Gyeongbokgung Palace


Hari Ketiga
Kata Kunci: Everland Theme Park, Dong Seoul Bus Terminal, Sokcho, Murree Muslim Food
  • 7.00 pagi > Rancangannya pada hari ini kami akan berada seharian di Everland Theme Park. Tiket masuk telah dibeli semasa di Malaysia lagi melalui laman sesawang www.klook.com. Harga yang kami dapat untuk seorang juga sedikit murah dari harga asal, hanya RM 108. Untuk ke sini, dari hotel kami naik Line 9 ke Dangsan. Kemudian ambil tren Line 2 menuju ke Gangnam Station. Keluar ikut pintu 10. Ambil bas bernombor 5002. Untuk sampai ke hentian bas ini. dari pintu keluar 10, jalan terus ke hadapan sehingga hujung bangunan, kemudian lintas lintasan belang (zebra crossing). Teruskan berjalan sehingga ke hujung bangunan seterusnya, dan lintas lagi sekali lintasan belang (zebra crossing). Hentian bas ke Everland Theme Park terletak dihadapan korang. Bas 5002 akan membawa korang ke tempat letak kereta Everland. Tambang bas sehala adalah 2100 Won (RM 7.80). Dari sini, ambil bas perantara yang disediakan secara percuma untuk ke Everland Resort. Antara tarikan utama di dalam Everland Theme Park adalah roller coaster kayu T Express. Korang boleh lihat pengalaman kami menaiki roller coaster ini dalam video dibawah. 
  • 6.00 petang > Kami mengambil keputusan untuk menuju ke Dong Seoul Bas terminal untuk membeli tiket bas ke Sokcho untuk perjalanan pada keesokan harinya. Tujuan utama ke Sokcho adalah untuk ke Mt Seorak. Dari Gangnam Station, ambil Line 2 untuk menuju ke Gangbyeon. Keluar di pintu 4. Lintas jalan menuju ke Dong Seoul Bus Terminal. Masuk ke dalam terminal bas dan cari kaunter tiket untuk ke Sokcho. Harga tiket sehala adalah 17300 Won (RM 64). 
  • 7.00 petang > Sebelum menuju ke Namsan Tower, kami mengambil keputusan untuk makan malam di kawasan sekitar Itaewon. Dari Gangbyeon, kami ambil tren Line 2 ke Sindang. Kemudian tukar menaiki Line 6 menuju ke Itaewon. Restoran yang menjadi pilihan kami pada kali ini adalah Murree Muslim Food. Restoran ini terletak berhampiran dengan Masjid Itaewon. 
  • 8.00 malam > Setelah kekenyangan, kami meneruskan perjalanan untuk menuju ke Namsan Tower. Dari Itaewon, kami naik tren Line 6 ke Samgakji, kemudian tukar menaiki Line 4 untuk ke Myeongdong. Keluar ikut pintu 3 dan tunggu bas bernombor 5. Nama bas adalah Namsan Sunhwan Shuttle Bus. Bas akan membawa korang terus ke area Namsan Tower. Tambang sehala bas adalah 1100 Won (RM 4). 
  • 8.00 malam > Untuk pulang ke hotel, dari Myeongdong, naik Line 4 menuju ke Dongjak. Kemudian tukar menaiki Line 9 menuju ke Seonyudo. Keluar mengikut pintu 1 untuk menuju ke hotel. 
Namsan Seoul Tower


Hari Keempat
Kata Kunci: Dong Seoul Bas Station, Sokcho, Seoraksan, Gunung Seorak
  • 6.30 pagi > Seawal pagi kami sudah bergerak dari hotel menuju ke Dong Seoul Bas Station. Tiket kami ke Sokcho pada jam 8.29 pagi. Dari hotel, kami ambil Line 9 menuju ke Dangsan. Kemudian tukar menaiki Line 2 menuju ke Gangbyeon. Keluar ikut pintu 4, kemudian lintas jalan menuju ke Dong Seoul bas terminal. Untuk ke tempat menunggu bas, korang perlu masuk ke dalam, dan keluar ikut pintu belakang disebelah kanan. Akan tertera tempat menunggu bas ke Sokcho. Perjalanan ke Sokcho mengambil masa 2 jam 30 minit. Setibanya di Sokcho, kami terus beli tiket pulang. Masa yang kami dapat adalah pada jam 5 petang. Untuk ke Gunung Seorak, setelah tiba di Sokcho, keluar ikut pintu hadapan, kemudian belok ke kanan. Jalan sehingga tiba di hentian bas kecil dihadapan Hyundai Oilbank. Tunggu bas bernombor 7-1 untuk ke Seoraksan. Tambang sehala adalah 1200 Won (RM 4.50). Perjalanan mengambil masa sejam. Tiket masuk ke Gunung Seorak adalah 3500 Won (RM 13). Harga ini tidak termasuk tiket kereta kabel untuk ke puncak. Harga tiket kereta kabel adalah 9000 Won (RM 34) untuk dua hala. Maklumat lanjut berkenaan dengan perjalanan ke Gunung Seorak boleh diperolehi dalam video dibawah. 

Tiket menuju ke Sokcho dari Dong Seoul Bus Station



Hari Kelima
Kata Kunci: Nami Island, ITX, Gapyeong
  • 8.00 pagi > Hari terakhir di bumi Seoul. Penerbangan pulang pada jam 11.20 malam. Masih ada masa yang panjang. Setelah daftar keluar hotel, kami tinggalkan beg di kaunter sebelum menuju ke Nami Island. Dari hotel, kami naik Line 9 menuju Noryangjin. Kemudian tukar menaiki Line 1 ke Yongsan. Di Yongsan, kami beli tiket ITX untuk ke stesyen Gapyeong. Harga sehala tiket adalah 5900 Won (RM 22). Di Gapyeong, kami mengambil keputusan menaiki teksi menuju ke terminal feri untuk ke Nami Island. Jika korang bercadang untuk menjelajah sebanyak mungkin tempat di Gapyeong, boleh beli pas sehari yang beharga 6000 Won (RM22). Pas ini membolehkan korang turun naik bas di sekitar kawasan Gapyeong. Antara tempat yang boleh diteroka selain dari Nami Island adalah The Garden Morning Calm dan Gapyeong Rail Park. Untuk melihat pengalaman kami sepanjang di Nami Island, korang boleh tonton video dibawah. 


  • 5.00 petang > Menuju pulang ke hotel untuk ambil beg sebelum bergerak ke lapangan terbang Incheon. Dari stesyen Gapyeong, ambil ITX menuju ke Yongsan. Kemudian naik Line 1 ke Noryangjin. Disini, tukar menaiki Line 9 menuju ke Seonyudo. Keluar ikut pintu 1 untuk menuju ke hotel. 
  • 7.00 petang > Berakhirlah kembara kami di bumi Seoul. Dengan perasaan gembira bercampur sedih, kami menuju ke Lapangan Terbang Incheon untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. Dari hotel, kami naik Line 9 menuju ke Gimpo International Airport. Kemudian tukar menaiki AREX untuk ke Incheon. 
  • 11.20 malam > Selamat tinggal Seoul. Selamat tinggal Korea Selatan. InsyaAllah, jika ada peluang dan ruang, kami pasti kembali lagi. 

Nota Kaki: Untuk memudahkan korang membuat keputusan untuk menaiki tren line apa sewaktu di Seoul, abam cadangkan untuk korang memuat turun aplikasi KakaoMetro. Aplikasi ini amat berguna didalam membuat keputusan perjalanan sewaktu berada di Seoul. 

Comments

  1. Moga ada ruang dan peluang untuk jejakkan kaki kesana jugakk 😊

    ReplyDelete
  2. Assalam..nak tnya mana nak beli pass bus gapyeong y membolehkan kita pergibanyak tempat di gapyeong ya.? Tqvm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam...nnti masa nak naik bas, beli dengan konduktor bas, mmg dia akan jaga di tangga bas..

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

Bagaimana Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan