Bagaimana Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand

Malaysia dan Thailand terletak bersempadan dan boleh diakses antara satu sama lain menggunakan jalan darat. Selain dari menaiki keretapi ataupun van yang boleh di sewa di sempadan, membawa masuk kenderaan sendiri adalah pilihan lain yang ada. Acapkali abam diajukan soalan tentang bagaimana caranya untuk memasuki Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri. Dalam penulisan kali ini, abam akan kongsikan cara-caranya.



Sila rujuk pada gambarajah diatas bagi memudahkan penerangan dibuat. Secara amnya, ada 4 proses yang perlu dilalui sewaktu ingin memasuki ke Thailand. Tetapi, perlu ada persediaan yang rapi sebelum melalui proses-proses ini, sebagai contoh, dokumen-dokumen yang disenaraikan perlulah lengkap, jika tidak, ada kemungkinan korang dilarang dari memasuki ke Thailand.



Step 1- Kastam Malaysia
Laluan pertama yang akan ditempuh ketika ingin memasuki negara Thailand adalah Kastam Malaysia. Kebiasaannya ketika melalui kastam, anda tidak perlu turun dari kenderaan, melainkan jika diminta untuk berbuat demikian. Kesemua penumpang juga tidak perlu turun dari kenderaan.

Masing-masing agak keletihan

Step 2- Imigresen Malaysia
Kumpulkan passport dan serahkan pada pemandu. Setibanya di kaunter Imigresen Malaysia, tidak perlu turun dari kenderaan, pemandu akan menyerahkan kesemua passport kepada pegawai Imigresen melalui tingkap kenderaan. Pastikan tingkap penumpang dibuka kerana pegawai Imigresen akan melakukan semakan muka untuk memastikan gambar passport adalah sama dengan penumpang. Hanya keluar dari kenderaan jika diminta berbuat demikian.

Step 3- Imigresen Thailand 
Contoh Borang TM6 (Arrival Card)

Setibanya di kaunter Imigresen Thailand, kesemua penumpang dan pemandu diminta untuk turun dan serahan passport secara individu kepada pegawai Imigresen perlu dilakukan. Bagi pemandu, pastikan passport ada diselitkan borang TM6 (Arrival Card), TM2 (Information of Conveyance) dan TM3 (Passenger List). Bagi penumpang pula, pastikan ada borang TM6 (Arrival Card). Setelah passport di cop, pegawai Imigresen akan memulangkan satu dari bahagian TM6 yang tertulis "Departure Card". Pastikan kad ini disimpan untuk diserahkan semula sewaktu keluar dari Thailand nanti. Jika korang beli insurans kenderaan Thailand di mana-mana agen disekitar area sebelum tiba di Imigresen , kebiasaannya mereka akan membantu korang untuk mengisi borang TM6, TM2 dan TM3.


Contoh Borang TM3 (Passenger List)


Step 4- Kastam Thailand
Disini pemandu perlu turun dan bawa bersama dokumen-dokumen seperti disenaraikan dibawah:

  • Geran kenderaan yang asal ATAU jika photostat, perlu mendapatkan pengesahan dari mana-mana balai polis di Malaysia.
  • Insuran Polisi Thailand > boleh dibeli dimana-mana agen yang berada di sepanjang jalan sebelum tiba di pintu sempadan. 
  • Surat kebenaran dari tuan punya kenderaan jika tuan punya tiada bersama. Surat perlulah dibuat didalam bahasa Inggeris. Sila rujuk contoh surat yang abam dibuat sebagai panduan. 
  • Custom Declaration Form
  • DAN jangan lupa bawa passport bersama




Berikut adalah contoh surat kebenaran dari tuan punya kenderaan untuk rujukan korang semua. Pastikan surat dibuat dalam bahasa Inggeris. Untuk memudahkan korang, copy and paste ayat surat dibawah, tukar maklumat-maklumat yang berkaitan sahaja.

Contoh:


1. Owner: Ali Bin Mohd Dom
Address: Km 42, Kg Chohong, 77100 Asahan, Melaka
Mykad Number: 888888-04-5187
HP Number:  017-333 4382

2. Driver: Muhammad Bin Zuki
Address: KB 5858, Ladang Chabau, 84900 Tangkak, Johor
Mykad Number: 999999-01-6223
HP Number: 010-888 6666

3.  Type of Car: Toyota Civic 1.8L (M)
Colour: Purple
Registration Number: WHH 8888
______________________________________________________________________

Sir/Mdm
SUBJECT: AUTHORIZATION LETTER TO USE VEHICLE

I, Ali Bin Mohd Dom (888888-04-5187), registered owner of a car bearing registration number WHH 8888, authorize Muhammad Bin Zuki (999999-01-6223), to use my vehicle to enter Thailand from 8 February 2019 until 12 February 2019.


Owner’s Signature                                                                   Driver’s Signature
_________________                                                                  _________________
Name:                                                                                        Name:
Mykad:                                                                                       Mykad:
HP:                                                                                             HP:
Date:                                                                                          Date:


Checklist> Sebagai kesimpulan, berikut abam senaraikan dokumen/borang yang berkaitan yang wajib ada jika korang bercadang untuk membawa kenderaan masuk ke Thailand:

  • Insurans Thailand
  • Geran asal kenderaan ATAU salinan (perlu pengesahan dari balai polis di Malaysia)
  • Surat kebenaran dari tuan punya kenderaan jika tuan punya tiada bersama
  • Borang TM6, TM3 dan TM2
  • PALING PENTING, Passport jangan lupa...

Bersama Unser yang membawa kami masuk ke Thai. Singgah sebentar sewaktu dlm perjalanan ke Krabi


Sleep Whale Hotel Krabi

Diharapkan perkongsian kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang sedang merangka perjalanan menaiki kenderaan sendiri ke Thailand. Moga dipermudahkan urusan korang semua. 

Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand