Posts

Showing posts from March, 2019

Bagaimana Cara Bawa Masuk Kereta ke Thailand

Image
Malaysia dan Thailand terletak bersempadan dan boleh diakses antara satu sama lain menggunakan jalan darat. Selain dari menaiki keretapi ataupun van yang boleh di sewa di sempadan, membawa masuk kenderaan sendiri adalah pilihan lain yang ada. Acapkali abam diajukan soalan tentang bagaimana caranya untuk memasuki Thailand dengan menaiki kenderaan sendiri. Dalam penulisan kali ini, abam akan kongsikan cara-caranya.


Sila rujuk pada gambarajah diatas bagi memudahkan penerangan dibuat. Secara amnya, ada 4 proses yang perlu dilalui sewaktu ingin memasuki ke Thailand. Tetapi, perlu ada persediaan yang rapi sebelum melalui proses-proses ini, sebagai contoh, dokumen-dokumen yang disenaraikan perlulah lengkap, jika tidak, ada kemungkinan korang dilarang dari memasuki ke Thailand.


Step 1- Kastam Malaysia Laluan pertama yang akan ditempuh ketika ingin memasuki negara Thailand adalah Kastam Malaysia. Kebiasaannya ketika melalui kastam, anda tidak perlu turun dari kenderaan, melainkan jika diminta …

Panduan Melancong ke Seoul, Korea Selatan

Image
Seoul, 8-12 November 2018...Perjalanan yang tidak diduga dan hanya dirancang dalam jangkamasa yang pendek..Semuanya kerana trip ke Eropah terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir..Kami bertiga mengambil keputusan untuk meneruskan percutian tetapi haluan diubah ke Seoul, Korea Selatan.
Disebabkan pembelian tiket dibuat pada saat-saat akhir, kami terpaksa membayar RM1000 seorang untuk penerbangan AirAsia X pergi balik dari Kuala Lumpur ke Seoul, dan harus diambil maklum, jumlah yang kami bayar tersebut tidak termasuk caj untuk daftar masuk bagasi dan makanan. AirAsia hanya membenarkan beg seberat 7 kg maksimum dibawa masuk ke kabin. Untuk tempahan makanan dan tambahan berat bagasi, prosesnya boleh dibuat secara dalam talian.



Hari Pertama Kata Kunci: beli kad T Money, Hotel The State Sunyu, Airport Railroad Express (AREX), Busan Jib Halal Food 7.20 pagi >  Penerbangan kami berlepas dari Kuala Lumpur International Airport menaiki AirAsia X D7 504. 2.50 petang > Tiba di Incheon Interna…