Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand

Tahukah korang, mengikut Butiran 19 Perintah Kastam (Pengecualian) 1988, terdapat had limit pengecualian cukai/duti untuk barang-barang peribadi yang dibeli diluar negara dan dibawa masuk ke Malaysia? Berikut adalah senarai panduan barang-barang yang dikecualikan cukai/duti untuk rujukan korang semua;

1. Barang-barang mudah alih terpakai selain "household effect"
2. Minuman keras tidak melebihi 1 liter
3. Tembakau tidak melebihi 225 gram atau rokok tidak melebihi 200 batang
4. Pakaian baru tidak melebihi 3 pasang
5. Sepasang kasut baru
6. Perkakasan elektrik atau bateri mudah alih untuk penjagaan diri tidak melebihi 1 unit setiap satu
7. Bahan penyediaan makanan tidak melebihi nilai RM 75
8. Hadiah dan cenderahati (tidak termasuk minuman keras, tayar, tiub, tembakau, rokok dan kenderaan) dimana jumlah nilai tidak melebihi RM 400. Jika barangan dari Langkawi, Pulau Tioman atau Labuan, jumlah nilai dibenarkan untuk pengecualian tidak melebihi RM 500.

Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan pengecualian cukai/duti, korang boleh layari laman web Jabatan Kastam Di Raja Malaysia di http://www.customs.gov.my/ms/tp/Pages/tp_pbft.aspx       


Ok, kenapa abam letak maklumat di atas ni? Sebab, masa kitaorang ke Hat Yai pada awal bulan 7 yang lepas, seorang dari ahli kumpulan kami terkandas di Imigresen Malaysia sewaktu pulang masuk. Alasannya, kerana barang yang dibawa melebihi had limit pengecualian cukai yang dibenarkan. Tapi korang tak perlu risau, walaupun melebihi had limit, korang hanya perlu bayar cukai untuk membolehkan barang-barang tersebut dibawa masuk. Bagi kes kawan abam ni, dia hanya perlu membayar RM10 untuk pelepasan barang-barang tersebut.


Nilai cukai RM10 yang perlu dibayar untuk membolehkan
barang yang melebihi had dibawa masuk ke Malaysia

Senarai had limit barangan yang boleh dibawa masuk


PERJALANAN KE HAT YAI BERMULA

Untuk trip ke Hat Yai pada kali ini, rombongan tiga sekawan; Akmal, Akim dan Raja bertolak dari Pasir Gudang, Johor. Kami berjumpa di kedai mamak area Serdang sebelum meneruskan perjalanan ke TBS. Kenapa TBS? Sebab parking di TBS amat-amat murah, serta keselamatan terjaga. Untuk 24 jam pertama, bayaran adalah RM10, dan setiap 24 jam yang berikutnya, tambahan RM6 SAHAJA dikenakan. Bermakna, kalau korang parking di TBS selama 3 hari, bayaran yang dikenakan hanyalah RM22 (RM10 + RM6 + RM6). Murahkan? Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj semasa parking di TBS, korang boleh klik disini.

Lepak di kedai mamak area Serdang sebelum ke TBS

Setelah parking di TBS, kami meneruskan perjalanan ke KL Sentral menaiki ERL, sebab yang bertiga tu tak pernah merasa menaiki ERL, jadi abam pun bawa la diaorang menikmati kemudahan yang ada. Di KL Sentral, kami menaiki ETS pula menuju ke Padang Besar. ETS bertolak pada jam 7 pagi dan pembelian tiket telah dibuat seawal 2 minggu sebelum perjalanan. Setibanya di Padang Besar, disebabkan masa menunggu tren ke Hat Yai yang masih lama, kami membuat keputusan untuk menaiki van sapu. Cepat dan pantas hehe. Harga seorang RM20 ataupun lebih kurang THB180. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan cara-cara mudah ke Hat Yai, korang boleh lihat posting abam sebelum ini di sini dan juga di sini.


MEREHATKAN DIRI DI ALOHA HOTEL
Untuk tempat tinggal, kami berempat memilih Hotel Aloha sebagai pilihan penginapan. Bilik yang amat selesa, serta berhampiran dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati sekitar pekan Hat Yai.

Bilik yang amat selesa

Sempat bergambar di hadapan hotel


JALAN-JALAN SEKITAR HAT YAI DAN SONGKHLA
Untuk trip kali ni, abam bawa diaorang berjalan ke Khlong Hae Floating Market, Samila Beach di daerah Songkhla, Hat Yai Municipality Park, Asean Night Market dan Lee Garden. Memang makan, makan dan makan sentiasa haha. Orang kalau ke Hat Yai ni, kalau tak tujuan utamanya untuk makan-makan, memang tujuan lagi satunya kearah ke MAKSIATAN kahkahkah..jadinya, tepuk dada, tanya selera..kalau korang bernafsu kepada makanan, maka baiklah pengakhirannya, tapi kalau ke satu lagi, abam NO KOMEN..

Kebetulan ada persembahan tarian sewaktu kami ke Khlong Hae Floating Market
Sempat lagi si Akmal ni bergambar dgn adik2 kita dari Thai ni

Rugi tak cuba tuktuk kalau dah sampai di Hat Yai

Tangga menuju ke Big Buddha di Hat Yai Municipality Park

Tugu Mermaid di Samila Beach, Songkhla

Menaiki kereta kabel di Hat Yai Municipality Park

Big Buddha

Spot wajib bergambar di area Hat Yai Junction

Khlong Hae Floating Market

MASA UNTUK PULANG
Setelah dua hari menghabiskan masa di Hat Yai, kami menuju pulang ke Malaysia menaiki tren dari Hat Yai Junction ke Padang Besar, dan kemudian bertukar menaiki ETS ke KL Sentral. Jujurnya, trip ke Hat Yai agak meletihkan, tapi amat berbaloi dengan kenangan yang diperolehi.

Akhir kata, abam tinggalkan korang dengan serangkap pepatah hasil ciptaan abam...

"Kenapa hanya melihat puncak gunung yang bersalji, kalau ko mampu mencapainya..kenapa perlu melihat kejayaan orang, kalau ko pun mampu menggapainya"...

Selamat mengembara..

Comments

  1. klau naik tut tut macam mne ye ...diorang faham ke percakapan kita ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diaorang tak faham bahasa melayu, tapi just bagitau je nama tempat kita nak pegi, dan nanti diaorang akan bagitau harga, biasa diaorang akan cakap harga tu dalam bahasa inggeris :)

      Delete
  2. Salam..kalau dari padang besar tu, lagi murah naik tren la yer nak ke hat yai tu dari naik van? waktu perjalanan padang besar ke hat yai, mane lagi cepat? van or tren?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, murah lagi naik tren..dan naik tren tak sampai sejam...van bergantung pada traffic, tapi lebih kurang sama je perjalanan naik tren...cuma naik tren ada dua masa sehari je..kena manage masa bebetul :)

      Delete
    2. ooo..saya nak tanya tempat simpanan luggage dalam ets dan dlm tren dr padang besar ke hat yai.. saya ingat nnt taknak bawak beg sandang belakang. Sy nak bawak beg troli tu sbb senang jer boleh seret..hahahha.. tapi dlm ets dengan tren nk ke hat yai tu ade tempat letak luggage tak? agak2 muat ke kalau saya letak beg troli ?

      Delete
    3. yup2 ada..mmg ramai yang bawa beg tarik, dalam ets ada disediakan ruangan simpanan beg tarik tu di setiap gerabak..dalam tren ke hatyai, ruangan bagasi atas kepala mmg boleh letak beg tarik tu..mmg ramai yang bawa beg tarik saya lihat, takde masalah

      Delete
    4. Terima kasih! mmg sangat2 membantu info ni.. tak der la saya risau dah psl beg ni..hehehehe.. kalau agak2 saya ada soalan lain, saya tanya kat sini lagi yer.

      Delete
    5. 😬 boleh2, kalau sy tau, insyaAllah sy terangkan

      Delete
  3. Bro, dari TBS ke KL sentral naik ERL jam berapa? Nak kejar ETS jam 7am utk ke Pdg Besar.

    ReplyDelete
  4. Hi. Nk tnye. Bolehke kite parking kereta kt padang besar n lepastu naik train ke hatyai. Tau x nk park kereta kt mane..dkt x dgn stesen keretapi nk ke hatyai tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. di stesyen keretapi padang besar ada parking lot, cuma saya tak berapa pasti soal keselamatan kat situ..kalau balik hari rasanya should be fine...

      Delete
  5. Kalau ikut ape yg sy faham, awak tak naik train ke dri padang besar ke hatyai tpi naik van sapu? Betul x? Kalau betul ape procedure die.. Ke just naik driver setel kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, trip sebelum ni saya naik tren, tapi kali ini saya naik van..di stesyen ktm padang besar, pemandu van akan edarkan kad putih utk diisi..selepas itu, pemandu van akan bawa ke van, dan kemudian bila tiba di imigresen, semua penumpang kena turun, untuk passport di cop..selepas itu naik van semula..

      Delete
  6. Hi cik. Nk tnye. Klu nk Itinerary bolh ke.

    ReplyDelete
  7. Hi bro nak tny la berapa lama ye masa urusan cop passport ? Kene beratur panjang ke ? Mana lebih selesa dan cepat urusan passport antara naik van dgn special train?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Apa yang menarik di Phuket?