Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Pada tanggal 30 Jun sehingga 1 Julai yang lepas, abam berkesempatan bercuti ke Hat Yai menaiki keretapi. Ramai yang bertanya cara-cara untuk menaiki keretapi ke Hat Yai, oleh yang demikian, pada post kali ini, abam ceritakan dengan mendalam tentang cara-cara bagaimana untuk bercuti ke Hat Yai dengan menaiki keretapi.

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***

Hat Yai Junction adalah nama bagi stesyen keretapi di Hat Yai


1. PERJALANAN PERGI (KL SENTRAL > PADANG BESAR > HAT YAI)
Sebagai panduan, trip abam bermula dari KL Sentral. Untuk ke Hat Yai menaiki keretapi, korang akan melalui dua perjalanan yang berbeza melalui stesyen KTM Padang Besar. Untuk laluan pertama, korang perlu menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar. Perjalanan akan mengambil masa selama 5 jam 45 minit dan ada masanya menjangkau ke 6 jam (bergantung kepada jenis ETS dan jadual masa bertolak). Laluan kedua pula adalah dari Padang Besar ke Hat Yai menaiki Special Train yang disediakan oleh State Railway of Thailand (SRT). Jarak perjalanan menaiki Special Train dari Padang Besar hanyalah didalam 50 minit sahaja dan kekerapan jadual perjalanan adalah 2 kali sehari, satu disebelah pagi dan satu lagi disebelah petang. 

1.1 Special Train dari Padang Besar ke Hat Yai
Untuk memudahkan korang memahami pemilihan jadual perjalanan yang sesuai untuk menaiki ETS dari KL Sentral, abam mulai dengan laluan kedua dahulu iaitu Special Train dari Padang Besar ke Hat Yai. Kenapa? Sebab kekerapan tren ini hanyalah dua kali sehari, iaitu pada jam 9.55 pagi waktu Malaysia (8.55 pagi waktu Thailand) dan 3.40 petang waktu Malaysia (2.40 petang waktu Thailand). Kaunter pembelian tiket untuk tren ini terletak di bahagian hujung platform 2, dan hanya akan dibuka pada pukul 9 pagi waktu Malaysia untuk perjalanan jam 9.55 pagi dan jam 2.30 petang waktu Malaysia untuk perjalanan jam 3.40 petang. Harus di ingat, pembelian tiket hanya boleh dibuat pada hari yang sama, tiada pembelian awal dibenarkan. Dan sejurus selepas pembelian tiket dibuat, korang akan terus melalui kaunter imigresen Malaysia dan juga Thailand sebelum dibenarkan untuk menaiki tren. 

Suasana didalam Special Train menuju ke Hat Yai. Tren berkemungkinan
dilengkapi penghawa dingin ataupun tidak. Beza harga adalah THB 50 tanpa
penghawa dingin dan THB 70 jika berpenghawa dingin


1.2 ETS dari KL Sentral ke Padang Besar
Untuk pengetahuan korang, ETS dari KL Sentral ke Padang Besar mempunyai dua tren yang berbeza, iaitu Gold dan Platinum. Bezanya tidak lah terlalu ketara, yang pasti, harga Platinum lebih mahal hampir RM30 jika dibandingkan dengan Gold. Lain-lain perbezaan adalah jumlah stesyen berhenti yang kurang sedikit untuk Platinum dan juga korang akan dibekalkan dengan snek seperti biskut dan air soya. Secara jujurnya, abam agak kurang berpuas hati dengan bayaran mahal dikenakan untuk kelas Platinum jika dibandingkan dengan servis yang diberikan, lebih baik memilih Gold


Stesyen KTM Padang Besar. Tren ETS dari KL Sentral akan tiba di Platform 1,
untuk ke Hat Yai, korang perlu ke Platform 2 untuk pembelian tiket dan
pelepasan imigresen. Tren ke Hat Yai juga akan bergerak dari Platform 2


Seperti yang telah abam terangkan diatas, tren ke Hat Yai berkekerapan 2 kali sehari sahaja, 9.55 pagi dan juga 3.40 petang waktu Malaysia. Dan jarak perjalanan dari KL Sentral ke Padang Besar adalah didalam lingkungan 5 jam 45 minit ke 6 jam. Oleh yang demikian, korang kena rancang dengan teliti masa untuk menaiki ETS dari KL Sentral. Untuk menaiki tren jam 9.55 pagi dari Padang Besar ke Hatyai, abam cadangkan korang menaiki tren ETS dari KL Sentral pada jam 11.30 malam, dan untuk menaiki tren pada jam 3.40 petang, abam cadangkan korang menaiki ETS pada jam 7.00 pagi. Kedua-dua ETS ini adalah ETS Gold. 

Pembelian tiket tren ETS boleh dibuat melalui laman sesawang di alamat
https://www.easybook.com/en-my

Sebagai rumusan, untuk memudahkan korang memahami susun atur jadual perjalanan ETS dan Special Train yang bersesuaian, abam lampirkan dibawah ini sebagai panduan, 

Masa yang dinyatakan adalah waktu Malaysia, untuk waktu Thailand,
korang hanya perlu tolak sejam dari waktu yang dinyatakan


2. PERJALANAN PULANG (HAT YAI > PADANG BESAR > KL SENTRAL)

2.1 Special Train dari Hat Yai ke Padang Besar
Untuk perjalanan pulang, Special Train dari Hat Yai ke Padang Besar juga berkekerapan sebanyak 2 kali sehari, pada jam 8.30 pagi waktu Malaysia (7.30 pagi waktu Thailand) dan pada jam 2.05 petang waktu Malaysia (1.05 tengah hari waktu Thailand). Tren ini akan tiba di Padang Besar (Platform 2) pada jam 9.25 pagi waktu Malaysia dan 3.00 petang waktu Malaysia. Setelah tiba di Padang Besar, korang perlu melalui imigresen Thailand dan juga imigresen Malaysia sebelum boleh menuju ke Platform 1 untuk menaiki tren ETS ke Padang Besar. 

Harga tambang untuk Special Train ke Hat Yai, gerabak tanpa penghawa dingin
adalah THB 50 (lebih kurang RM 7) DAN gerabak berpenghawa dingin
beharga THB 70 (lebih kurang RM 9)


2.2 ETS dari KL Sentral ke Padang Besar
Untuk perjalanan dari Hat Yai menaiki Special Train pada sebelah pagi, abam syorkan korang untuk menaiki ETS pada jam 11.15 pagi dari Padang Besar. Manakala untuk yang menaiki Special Train dari Hat Yai pada sebelah petang, abam syorkan korang untuk menaiki ETS pada jam 5.13 petang ataupun 6.05 petang. Ambil maklum, ETS pada jam 11.15 pagi dan 5.13 petang adalah dari kelas Platinum, oleh yang demikian, harganya agak mahal, RM102 sehala. Bagi yang berkira-kira soal bajet, abam cadangkan korang menaiki ETS pada jam 6.05 petang. 

Kalau korang perasan, terdapat dua jenis kelas ETS, bagi yang
berkira-kira soal bajet, abam syorkan untuk menaiki ETS pada jam
6.05 petang


Sebagai rumusan, untuk perjalanan pulang, korang boleh rujuk jadual yang abam buat dibawah ini untuk memudahkan pemahaman, 

Masa yang dinyatakan adalah waktu Malaysia, untuk waktu Thailand, 
korang hanya perlu tolak sejam dari waktu yang dinyatakan
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan aktviti dan tempat tinggal di Hat Yai, korang boleh baca di post abam sebelum ini. Sila klik di sini.

Khlong Hae Floating Market. Antara tempat wajib jika ke Hat Yai.


3. BERAPA KOS MENAIKI KERETAPI KE HAT YAI?

Kos yang abam senaraikan ini hanyalah meliputi kos untuk menaiki keretapi, tidak termasuk kos perbelanjaan dan tempat tinggal, harap maklum. 

ETS Gold perjalanan dua hala KL Sentral ke Padang Besar >> RM 76 x 2 (RM 152)
Special Train perjalanan dua hala Padang Besar ke Hat Yai >> RM 7 x 2 (RM 14)
Total kos menaiki keretapi ke Hat Yai dari KL Sentral >>> RM 152 + RM 14 (RM 166)

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***

Akhir kata, abam tinggalkan korang dengan video perjalanan abam ke Hat Yai. Jangan lupa untuk Subscribe di Channel Youtube abam ye...



Comments

  1. Terbaik bro! Tq atas posting!

    ReplyDelete
  2. Salam bro, mana nak parking kereta murah/free dekat dgn stesen padang besar? Nak ke hatyai naik train situ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..parking kereta di KTM Padang Besar tu free, tapi tak digalakkan untuk parking lama2, takut apa2 jadi nanti kan

      Delete
    2. Ok bro tq! Keep on blogging!

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?