Apa yang menarik di Phuket?

Tahukah korang?
>Phuket adalah pulau terbesar di Thailand
>Phuket dihubungkan dengan Krabi menerusi Jambatan Sarasin
>Phuket mendapat nama dari perkataan Melayu iaitu Bukit (sebutannya seakan akan sama)
>Nama asal Phuket adalah Thalang, yang berasal dari perkataan melayu lama iaitu telong (tanjung)
>Pada 26 Dec 2004, Phuket dilanda Tsunami dan telah mengorbankan lebih dari 5 ribu orang yang antara lainnya adalah pelancong asing

Senja di Patong Beach

Bagaimana ke Phuket?

  • Menaiki Kapal Terbang

Phuket International Airport

Terdapat beberapa cara untuk ke Phuket. Yang paling mudah adalah menaiki kapal terbang. Untuk yang tinggal di Kuala Lumpur, korang bolehlah menaiki penerbangan tambang murah AirAsia dari KLIA2, ataupun menaiki MAS dan Malindo Air dari KLIA. Penerbangan korang akan mendarat di Phuket International Airport dan untuk ke Pekan Phuket ataupun Patong, korang perlu menaiki van ataupun bas yang akan mengambil masa jarak perjalanan diantara 1-2 jam (bergantung kepada kesesakan lalu lintas dan berapa banyak stop point). Bagi keselesaan, abam syorkan korang untuk menaiki van. Selepas keluar dari arrival hall, belok ke kanan dan disebelah kiri korang nanti akan terdapat 2 kaunter perkhidmatan van  dan minibas untuk samada ke Pekan Phuket mahupun Patong Beach. Bagi yang pertama kali ke Phuket, abam cadangkan korang tinggal di kawasan Patong. Tak banyak aktiviti korang boleh buat kalau tinggal selain dari Patong. Harga tiket seorang ke Patong adalah THB 180 (RM 23). Harga yang berlainan dikenakan bila korang nak pulang ke airport dari hotel nanti. Kebiasaannya harga yang di caj adalah THB 200 (RM 25).

THB 180 untuk seorang dari Phuket International Airport ke Patong Beach


Van yang korang naiki akan berhenti separuh perjalanan di ofis penyedia perkhidmatan van tersebut. Kesemua penumpang akan diminta turun untuk pemeriksaan lokasi tempat tinggal dilakukan. Staff yang bertugas akan menyusun perjalanan untuk diserahkan kepada pemandu van mengikut kedudukan hotel/hostel yang telah di tempah oleh penumpang. Sambil-sambil tu, diaorang akan offer pakej menarik yang boleh dibuat semasa berada di Phuket. Kalau korang jenis yang malas merancang, bolehlah beli pakej terus dari sini, tetapi harus diingat, harga yang ditawarkan agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan harga yang korang boleh dapat di area Patong. 

  • Melalui Jalan Darat

Selain dari menaiki kapal terbang, kalau korang rasa nak adventurous sedikit, bolehlah menggunakan jalan darat. Laluan utama yang boleh diikuti adalah KL->Padang Besar->Hatyai->Krabi->Phuket. Untuk ke Padang Besar dan Hatyai, korang boleh dapatkan maklumat lanjut dari posting abam sebelum ini. Boleh lihat disini

Dari Hatyai ke Krabi pula, korang boleh dapatkan perkhidmatan minibas ataupun van dengan harga THB 400 sehala (RM 50). Pastikan korang tidak tertipu dengan ulat-ulat yang menjual tiket dengan harga yang berlipat kali ganda. Di Krabi, korang boleh dapatkan perkhidmatan minibas ataupun van dengan harga yang sama iaitu THB 400 (RM 50) untuk meneruskan perjalanan ke Phuket. 

Songthaew..kenderaan yang biasanya digunakan di Phuket

Kalau ada yang bercadang untuk memandu kenderaan sendiri ke Hatyai/Krabi/Phuket, abam cadangkan korang bergerak dari KL seawal jam 1 pagi, untuk tiba di Imigresen Padang Besar dalam jam 6 pagi. Kaunter imigresen Padang Besar di buka pada jam 6 pagi dan akan di tutup pada jam 10 malam. Pastikan korang tiba diantara waktu yang abam nyatakan diatas tu, kalau tak memang jenuh la nak menunggu. Selain daripada tu, perkara utama yang korang kena ambil tahu adalah pembelian insuran kenderaan untuk masuk ke Thailand. Insuran kenderaan untuk masuk ke Thailand boleh korang beli dari agen-agen disekitar Changloon. Kebiasaannya mereka akan beroperasi 24 jam sehari. Pembelian insuran adalah untuk tempoh masa 9 hari, 2 minggu ataupun sebulan. Harga insuran untuk 9 hari adalah dalam lingkungan RM15 SAHAJA. Untuk memudahkan korang merancang perjalanan, abam detail kan anggaran jarak masa perjalanan dari satu tempat ke satu tempat seperti dibawah ini, 

KL-Padang Besar = 5 jam 30 minit
Padang Besar-Hatyai = 1 jam 30 minit
Hatyai-Krabi = 4 jam 30 minit
Krabi-Phuket = 2 jam 30 minit
Jumlah anggaran masa perjalanan KL-Phuket = 14 jam

Memandangkan jarak masa perjalanan yang terlalu lama, abam cadangkan korang berehat semalam di Hatyai, 2 malam di Krabi sebelum meneruskan perjalanan ke Phuket. 

Hard Rock Phuket

Tinggal dimana?
Jika ke Phuket, pemilihan tempat tinggal bergantung pada tujuan korang kesana. Bagi yang ke Phuket untuk merasai pengalaman "nighlife" nya, abam syorkan korang tinggal di kawasan Patong. Antara hotel/hostel yang boleh di pertimbangkan adalah Forty Winks Phuket Hotel (anggaran semalam RM60), Red Planet Phuket Patong (anggaran semalam RM45), Sleep With Me Hotel Patong (anggaran semalam RM140) dan Patong Beach Hotel (anggaran semalam RM200). 

Forty Winks Phuket Hotel

Bagi yang ke Phuket untuk honeymoon dan perlukan sedikit privasi, abam syorkan korang tinggal di kawasan selain dari Patong. Antara hotel/hostel yang boleh dipertimbangkan adalah Sugar Marina Resort-surf Kata Beach (anggaran semalam RM140), Sugar Marina Resort-Fashion Kata Beach (anggaran RM130 semalam), The SIS Kata Resort (anggaran RM240 semalam), The Yama Hotel Phuket (anggaran semalam RM140), U Zenmaya Phuket Resort (RM300 semalam), Wyndham Grand Phuket Kalim Bay (RM290 semalam) dan Renaissance Phuket Resort & Spa A Marriot Luxury & Lifesyle Hotel (RM500 anggaran semalam).
Patong Beach Hotel

Untuk maklumat lanjut berkaitan pemilihan tempat tinggal, korang boleh layari laman web www.agoda.com dan www.traveloka.com

Apa aktiviti yang boleh dibuat di Phuket?
Kalau korang tinggal di area Patong, terdapat banyak agen-agen yang menjual pakej, memang akan jadi rambang mata melihatnya. Sebelum membeli sesuatu pakej, kenal pasti dahulu apa yang menarik berkaitan dengan tempat yang akan korang pergi, serta, cuba bandingkan harga antara satu agen dengan agen yang lain. PALING PENTING! Jangan lupa untuk tawar menawar. 

Berikut abam senaraikan antara tempat menarik yang korang boleh pergi bila berada di Phuket. Kebanyakan tempat-tempat ini, terutama sekali pulau-pulau, hanya boleh diakses melalui pembelian pakej. 

Phi Phi Leh

  • Phang Nga Bay - Tarikan utama adalah James Bond Island. Selain daripada itu, korang juga boleh lawati Koh Panyee, pulau yang diduduki oleh majoriti komuniti Islam
  • Phi Phi Island - Maya Bay adalah antara tarikan utama untuk pakej ke Phi Phi Island. Selain daripada itu, pastikan juga pakej tersebut meliputi Phi Phi Leh dan Phi Phi Don. Rugi kalau tak pergi ke dua pulau kecil ni! Sangat-sangat menarik.
  • Bangla Road Nightlife - Tak perlu beli apa-apa pakej untuk kesini. Jaraknya hanya beberapa meter dari hotel jikalau korang tinggal di area Patong. Apa yang menarik disini? Sudah pastilah hiburan awal malam ke awal paginya. Dari yang "asli" hinggalah yang "palsu". Tepuk dada, tanya selera korang hehe
  • Big Buddha - Terletak di puncak Bukit Nakkerd. Patung Buddha yang berketinggian 45 meter adalah tarikan utama disini. 
  • Similan Islands - Terdapat 9 buah pulau di persekitaran Similan Island, sesuai dengan namanya Similan, yang bermaksud Sembilan di dalam bahasa melayu. 
  • Phuket FantaSea Show - Persembahan yang sangat mengagumkan. Kebiasaannya persembahan akan bermula pada jam 9 malam, harga tiket seorang dewasa adalah THB 1800 (RM 224)
  • Wat Chalong Temple - temple yang paling utama di Phuket, dihiasi dengan ukiran dan arca-arca yang menarik. 
  • Phuket Viewpoints - diantara viewpoints yang wajib korang pergi adalah Black Rock Viewpoint, Karon/Kata Viewpoint, Khao Rang Hill, Monkey Hill, Promthep Cape dan Windmill Viewpoint. 
  • Old Phuket Town - deretan kedai yang bewarna warni antara tarikan utama di Pekan Phuket Lama. 

Phi Phi Don
Disekitar Patong Beach


Meggi Goreng Thai

Atas bot di Phi Phi Leh

Suasana senja di Patong Beach
Snorkelling di Maya Bay

Phi Phi Island Pakej

Thai Pancake..memang sangat-sangat sedap

Suasana di Maya Bay


Wat Chalong Temple

Big Buddha

Bangla Street

Untuk pengetahuan korang, gambar-gambar abam di dalam posting ini adalah dari 2 trip ke Phuket yang berlainan. Trip pertama pada 6-10 May 2017 dan trip kedua pada 4-5 May 2018. Terima kasih pada travel buddy Akmal yang telah sudi menemani abam untuk trip pada 4-5 May 2018 yang lepas. 

Diharapkan sedikit perkongsian pada kali ini dapat membantu korang yang sedang merangka perjalanan ke Phuket. Kalau ada apa-apa kemusykilan, jangan segan dan silu untuk menyapa abam. Selamat mengembara...





Comments

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Switzerland tanpa travel pass- Luzern & Mt Titlis

Mengembara dibumi Kansai dengan kos dibawah RM2000