Kembara Solo ke Tehran, Iran

Pada 5-9 April 2018, abam berkesempatan mengembara solo ke beberapa kawasan di dalam Tehran, Iran. Sebagai rujukan, terdapat 20 daerah besar di dalam Iran. Selain dari Tehran (ibu kota Iran), terdapat juga Mashhad, Isfahan, Karaj, Shiraz, Tabriz, Qom, Ahwaz, Kermanshah, Urmia, Rahst, Zahedan, Hamadan, Kerman, Yazd, Ardabil, Bandar Abbas, Arak, Eslamshahr dan Zanjan. Disebabkan trip kali ini hanyalah selama 5 hari 4 malam, jadi abam mengambil keputusan untuk hanya berkeliaran di dalam sekitar Tehran sahaja. Perjalanan abam ke Tehran menaiki AirAsia X dengan nombor penerbangan D7 776, dan perjalanan pulang dengan nombor penerbangan D7 777. Untuk pengetahuan korang, AirAsia X akan menamatkan laluan penerbangan ke Tehran dan penerbangan terakhir adalah pada 20 April 2018 untuk KUL-IKA dan pada 23 April 2018 untuk IKA-KUL. 
Puncak Gunung Tochal

Persediaan sebelum ke Tehran
Berikut abam senaraikan beberapa persediaan awal yang perlu korang buat sebelum berlepas ke bumi Iran:
> Tiket penerbangan pergi balik - pastikan tiket pergi dan balik telah dibeli
> Tempahan tempat tinggal - pastikan korang telah menempah hotel/hostel/airbnb dan sebagainya. 
> Tukaran matawang - Iran menggunakan Iranian Riyal sebagai matawang utama, tetapi korang jangan pelik, apabila berada di sana, terdapat majoriti yang menyebut Toman apabila ditanya berkenaan dengan harga sesuatu barang. Tidak kira lah Iranian Riyal ataupun Toman, matawang yang korang gunakan masih lagi Iranian Riyal. Jika harga yang diberi dalam Toman, korang hanya perlu tambah satu "0" dihujungnya untuk menentukan nilai didalam Iranian Riyal. Sebagai contoh, jika harga sesuatu barang adalah 10,000 Toman, ianya bermaksud korang perlu bayar 100,000 Iranian Riyal. Maklumat lanjut korang boleh perolehi di sini. Yang paling penting korang perlu tahu adalah amat sukar untuk korang dapatkan Iranian Riyal di luar Iran, jalan terbaik adalah dengan membawa USD dan tukar sewaktu tiba di Imam Khomeini Airport (IKA). Antara perkara lain yang korang perlu tahu adalah pertukaran maksima sesuatu transaksi adalah USD 100 dan hampir kesemua tempat tukaran matawang asing di Tehran ditutup pada hari Jumaat. 
Salah satu tempat tukaran wang di Tajrish
Matawang Iran, Iranian Riyal

> Kod pakaian ketika berada di Iran - amat penting untuk mengetahui berkenaan dengan kod pakaian apabila berada di Iran, terutama sekali bagi kaum wanita. Tidak kira agama apa sekalipun yang korang anuti, setibanya di Iran, adalah wajib untuk kaum wanita menutup kepala. Kod pakaian bagi lelaki pula adalah kurang ketat, dimana asalkan korang berpakaian sopan, ianya sudah memadai. Lebih maklumat boleh korang perolehi di sini
> Insuran perjalanan - agak sukar untuk mendapatkan insuran perjalanan ke Tehran atau mana-mana kawasan sekalipun didalam Iran. Jalan paing mudah adalah membeli insuran perjalanan serentak semasa pembelian tiket penerbangan dibuat. Kebanyakan syarikat penerbangan ada menawarkan insuran perjalanan sewaktu pembelian tiket dibuat, jadi abam syorkan sangat-sangat pada korang untuk membuat pembelian tersebut. 
Tulip di Azadi Square
Gholestan Palace



Pengangkutan Awam di Tehran
Jaringan pengangkutan awam di Tehran adalah amat efisyen, tak salah jika abam katakan yang ianya adalah setaraf dengan negara-negara maju yang lain, terutama sekali jaringan sistem pengangkutan awam ringannya (Metro). Metro di Tehran adalah seperti MRT/LRT di Malaysia. Terdapat 7 line utama untuk jaringan Metro di Tehran. Berikut abam senaraikan bagaimana dengan mudahnya korang boleh menggunakan perkhidmatan Metro di Tehran untuk berkeliaran di sekitar Tehran. 
Suasana di area Metro Stesyen




🚊> Imam Khomeini Airport (IKA) ke pusat bandar Tehran. Tahukah korang IKA dihubungkan ke pusat bandar Tehran menerusi jaringan Metro? Dari IKA, korang boleh menaiki Metro Line 5 (Hijau) untuk ke pusat Bandar Tehran. Korang boleh naik dari stesyen Imam Khomeini Airport. Tren ini akan berhenti di 3 stesyen iaitu Vavan, Namayeshgah-e Shahr-e Aftab dan Shahed-Bagher Shahr. Di stesyen terakhir, korang kena bertukar menaiki Metro Line 1 (Merah) utk ke pusat bandar, bergantung dimana korang tinggal. Mcm abam tinggal di Karoon Hotel, jadi abam kena meneruskan perjalanan ke stesyen Shahid Beheshti sebelum bertukar ke Line 3 (Biru) utk ke stesyen Meydan-e Jahad. Keluar je dari stesyen, selepas gate tiket, korang belok kanan dan terus naik ke atas. Setibanya di atas, belok ke kanan untuk berjalan kaki sejauh 100m, kemudian belok kiri sebelum tiba di Karoon Hotel.
Karoon Hotel, Tehran

🚊> Bagaimana utk ke tempat2 menarik di Tehran? Abam mulakan dgn Azadi Square. Dari hotel, naik Metro Line 3 dari stesyen Meydan-e Jahad menuju ke stesyen Teatr-e Shahr, kemudian tukar ke Line 4 utk ke Stesyen Azadi Square. Selepas keluar dari stesyen, korang akan nampak hentian bas. Teruskan berjalan menuju ke jalan utama. Lintas jalan dan dari jauh korang akan nampak Azadi Tower.
Azadi Tower dari kejauhan
Stesyen Meydan-e Azadi
Bergambar di hadapan Azadi Tower
🚊> Bagaimana utk ke Grand Bazaar dan Gholestan Palace? Dari stesyen Azadi Square, ambil Line 4 menuju ke stesyen Darvazeh Dowlat kemudian tukar menaiki Line 1 menuju ke stesyen Panzdah-e Khordad. Setelah keluar dari stesyen, belok ke kiri. Korang akan nampak Grand Bazaar disebelah stesyen. Utk ke Gholestan Palace, ikut je signboard yg ada di area tersebut. Utk balik ke hotel, ambil Line 1 dari stesyen Panzdah-e Khordad tadi, turun di stesyen Shahid Beheshti utk bertukar ke Line 3 menuju ke stesyen Meydan-e Jahad.
Salah satu area di Gholestan Palce



Tulip di Gholestan Palace
Dekorasi dalam istana yang sangat menawan



🚊> Bagaimana utk ke Tajrish Square, Tajrish Bazaar, Mt Tochal dan Darband? Dari hotel, ambil Line 3 di stesyen Meydan-e Jahad utk menuju ke stesyen Shahid Beheshti kemudian tukar menaiki Line 1 menuju ke stesyen Tajrish (stesyen terakhir utk Line 1). Keluar je dari stesyen, ikut tanda arah menuju ke Ghods Square. Tiba di atas, utk ke Darband, korang naik van di area luar stesyen dgn harga 20,000 IRR (Rm2) seorang. Utk ke Mt Tochal pula, korang sebut Telecabin pada teksi2 area luar stesyen Tajrish tu (make sure ambil teksi warna kuning, yg putih tu kereta haram hehe, mahal depa charge). Teksi akan turunkan korang di Velenjak Valley dgn kos 20,000 IRR (Rm2) sehala. Di Velenjak Valley, korang boleh jalan kaki sejauh 2.2km utk ke stesyen pertama kabel car atau menaiki bas dgn harga 15,000 IRR (Rm1.50) sehala. Utk ke Tajrish Square dan Tajrish Bazaar pula, selepas keluar dari stesyen Metro tadi, korang teruskan berjalan kedepan. Dalam 100-200 meter korang akan jumpe kedua2 tempat ni. Bagi yg nak tukar duit, ha kat area Tajrish ni ada money changer. Masa otw tu korang tgk sebelah kanan korang, seberang jalan ada money changer. Susah woo nak cari money changer kat Tehran ni haha

Sekolah Ski di Puncak Gunung Tochal

🚊> Bagaimana utk ke Qom, Kashan, Esfahan dan Shiraz? Korang boleh ambil bas dari stesyen bas selatan (Beyhagi). Utk ke Beyhagi, korang ambil tren Line 3 dari stesyen Meydan-e Jahad utk ke stesyen Shahid Beheshti, kemudian naik tren Line 1 ke stesyen Mosalla. Setelah keluar dari stesyen, ambil teksi warna kuning ke Beyhagi. Harga sehala dalam 20,000 IRR (Rm2) dan perjalanan mengambil masa dalam 5 minit sahaja.
🚊Bagaimana utk ke Istanbul dengan menaiki bas? Dari hotel, naik Metro Line 3 dari stesyen Meydan-e Jahad menuju ke stesyen Teatr-e Shahr, kemudian tukar ke Line 4 utk ke Stesyen Azadi Square. Selepas keluar dari stesyen, korang akan nampak hentian bas. Korang boleh beli tiket di hentian bas ni untuk ke Istanbul. 
Untuk menaiki Metro di Tehran, korang hanya perlu membeli tiket di kaunter tiket (tidak digalakkan beli di mesin, agak mengelirukan sedikit). Kemudian imbas tiket korang di gate masuk. Sewaktu keluar pula, tiket tidak perlu di imbas lagi, teruskan berjalan di gate keluar, pintu akan terbuka secara automatik. Harga tiket semurah 15,000 Iranian Riyal (lebih kurang RM 1.50)

Diharapkan sedikit perkongsian diatas ini dapat membantu korang kalau-kalau ada yang didalam perancangan untuk ke Iran. Bagi abam, melawat Iran ibarat melawat tamadun dunia, sejarah agung yang takkan pernah luput ditelan zaman. 

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand