WAJIB baca sebelum ke Beijing

Perkara paling utama!! Pastikan Visa untuk ke China telah diluluskan. Klik disini untuk panduan bagaimana memohon Visa ke China. 
Perjalanan ke Beijing menaiki AirAsia X akan mendarat di terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Dari Terminal 2, keluar je arrival hall, belok ke kanan, jalan depan sikit, akan nampak signboard Airport Express disebelah kiri korang..ambil lift turun kebawah kemudian follow je signboard sampai la jumpe kaunter tiket. 
Laluan masuk ke Forbidden City
Harga tiket sehala ke Stesyen Sanyuanqiao ataupun Dongzhimen adalah CNY 25 (RM 16). Bagi memudahkan korang, abam syorkan untuk beli je kad Beijing Transportation Smart Card (BTSC) ataupun lebih dikenali dengan nama Beijing Yikatong kat kaunter tu..harga kad ni CNY20 (RM 13) (refundable), dan korang top up CNY 100 (RM 62) dalam tu, mmg akan cukup untuk cover perjalanan selama korang berada di Beijing, itupun kalau korang ikut bebetul itinerary yang abam bagi ni.
Untuk tempat tinggal, abam syorkan sangat sangat sangat sangat dan teramat la sangat korang stay di Spring Time Hostel (nama je hostel, tapi sebenarnya Hotel)..kenapa? sebab beberapa tapak langkah je dari Station Subway..nanti dalam penerangan seterusnya korang akan faham kenapa abam syorkan hotel ni..
Spring Time Hostel


Hari Pertama- 1/12/2017
Since korang dah beli BTSC dan dah topup CNY 100, swipe je la waktu nak naik Airport Express tu..tren ni akan berhenti di dua stesyen, yang pertama Sanyuanqiao dan kedua Dongzhimen..korang turun di Sanyuanqiao, lepas tu ikut signboard ke Subway Line 10, naik tren yang menghala ke arah Bagou, tapi korang turun kat Stesyen Hujialou..Dah turun tu, ikut signboard ke Subway Line 6 menuju ke Haidian Wuluju, tapi turun di Stesyen Dongsi..korang keluar ikut Exit G, lepas tu belok kanan, jeng jeng jeng, Spring Time Hostel tu depan mata korang jee..tak nampak juga, memang le mata korang bermasalah kahkahkah..kalau korang sampai sebelum waktu check in, korang boleh tinggalkan luggage dan pergi la jalan2..Hari pertama abam dan kawan2 pergi ke Tiananmen Square dan Forbidden City.. 

Jalan bawah ni untuk ke Tiananmen Square dan Forbidden City

Di Tiananmen Square

Belakang tu adalah Forbidden City


Macam mana nak ke Tiananmen Square & Forbidden City? Dari Dongsi Subway Station tu, korang ikut arah masuk ke Subway Line 5, kemudian naik tren yang menuju ke Songjiazhuang, tapi turun di Dongdan..dari situ, ikut penanda arah ke Subway Line 1, naik tren yang menuju ke Pingguoyuan tapi turun di stesyen Tian’anmen East..lepas korang dah scan card untuk exit, belok ke kanan, naik escalator, dan belok ke kanan lagi..pastu jeng jeng jeng…korang akan nampak Tian’anmen Square tu..Forbidden City pun ada area2 situ je… dah letih nanti, nak balik ke Hotel, ikut route yang sama.

Malam nya kami ke Wangfujing Dajie (Wangfujing Street)..nak ke sini, dari hotel boleh jalan kaki je, tak jauh sangat..keluar pintu hotel, pergi menuju ke jalan besar, belok kanan, jalan sampai jumpe traffic light..belok kanan dan terus kan berjalan sampai la jumpe Wangfujing Street ni..kat sini, korang boleh beli barang2 branded pada harga yang murah..di area hujung Wanfujing Street ni, ada satu lorong yang korang boleh lihat makanan2 eksotik macam lipan goreng, kala jengking goreng dan sebagainya..kalau teringin nak merasa, sila2 kan lah kahkahkah..

Kat mana nak makan? Ok, part ni yg paling bes, kalau korang duduk kat hotel ni, ada dua kedai makan halal berdekatan..yang paling senang, keluar je pintu hotel tu, pergi ke jalan besar, seberang jalan korang akan nampak Wumart, korang masuk dalam Wumart tu, ada satu kedai halal nama Western Mahua..menu2 dia pun memang menarik gile, dari sarapan pagi, sampai le ke makan malam..
Kedai halal dalam Wumart

Yang ni memang terbaekk


Hari Kedua- 2/12/2017
Hari kedua ni abam bawa diaorang semua jalan2 ke Badaling Great Wall..dah sampai ke Beijing ni, memang tak sah kalau tak ke Great Wall..kalau korang pemalas, ikut tour agency, mau dia charge korang dalam CNY 300 (RM190) sekepala..dah la tak bebas, kena ikut apa yang dirancang..apa kata korang buat sendiri je, mudah dan murah..total dalam CNY 30 jeee (RM 20)..h

Macam mana nak ke Badaling Great Wall? Dari hotel, korang ambil Subway Line 5 menuju ke Tiantongyuan North tapi berhenti di Yonghegong Lama Temple Station..kemudian ikut signboard untuk naik Subway Line 2 menuju ke Xizhimen tapi turun di Jishuitan..lepas tu keluar ikut Exit B2, naik je escalator sampai atas, kemudian ikut laluan pejalan kaki, sepanjang laluan tu, korang ikut je signboard yang tertulis 877..sampai di penghujung laluan pejalan kaki tu, korang kena menyeberang jalan untuk ke Deshengmen Bus Station..dari disini, ambil Bus 877 untuk ke Badaling Great Wall..perjalanan dalam sejam lebih..harga tiket sehala CNY12, korang guna je kad BTSC..CNY 100 topup hari pertama tu mmg abam dah kira cukup sampai hari last untuk guna..harga tiket masuk ke Great Wall CNY 35 (RM 22) waktu non peak season dan CNY 40 (RM25) masa peak season..nak balik nanti follow route yang sama..waktu nak balik nanti, kalau korang perasan ada stesyen subway nama Yonghegong Lama Temple tadi kan, kalau tak letih, korang boleh singgah sini untuk lihat keunikan Yonghegong Lama Temple..
Bersama kanak2 tempatan
Great Wall Badaling

Hari Ketiga- 3/12/2017
Yang ini korang wajib pergi, Summer Palace namanya..abam syorkan korang spend satu hari dalam ni..Kawasan istana yang teramat besar..pastikan bawa makanan dan minuman, sebab nanti senang korang nak rehat2 dalam tu..

Macam mana nak ke Summer Palace? Dari Hotel, ambil Subway Line 6 menuju ke Haidian Wuluju tapi korang turun di Ping’anli..kemudian naik Subway Line 4 menuju ke Anheqiao North, tapi berhenti di Stesyen Beigongmen..lepas korang dah scan kad untuk keluar, belok kanan, naik escalator..kemudian belok kiri, jalan terus dalam 5 minit, korang akan nampak Summer Palace Tourist Centre sebelah kiri, jalan depan je sikit lagi, korang akan nampak pintu masuk ke Summer Palace..tiket masuk beharga CNY 20 (RM 13)…nak balik nanti pun korang ikut route yang sama..
Dipersekitaran Summer Palace

Laluan bertangga didalam Summer Palace


Hari Keempat- 4/12/2017
Kebiasaannya kalau korang naik AirAsia X, perjalanan pulang dari Beijing ke KLIA samada jam 2.30pagi ataupun 5.50pagi..jadi hari keempat ni korang kena santai2 sikit, sebab nnti tengah malam korang nak kena ke airport..kalau check out tengah hari tu, luggage semua korang boleh letak di hotel.. hari terakhir ni abam bawa depa semua shopping di Pearl Market dan jalan2 di Temple of Heaven…dua2 tempat ni berada dalam kawasan yang sama..

Macam mana nak ke Temple of Heaven dan Pearl Market? Dari Hotel, korang ambil Subway Line 5 menuju ke Songjiazhuang, tapi turun di Tiantanmen..lepas korang dah scan kad nak keluar, belok kanan, jalan je ikut laluan kanan tu, naik escalator ke atas, lepas tu nnti belok kanan, dalam beberapa langkah korang akan nampak pintu masuk ke Temple of Heaven..harga tiket masuk CNY 10 (RM 7)..lepas dah penat berjalan dalam Temple of Heaven tu, abam bawa diaorang semua shopping..kemain suke depa kahkahkah..Pearl Market bebetul seberang jalan dari Temple of Heaven tu..dalam ni, korang kena pandai tawar menawar..kebiasaannya depa akan letak harga tinggi gile..sebagai contoh, ada sekali tu abam cuba nak beli beg kulit, harga dia letak CNY 1000 (RM 620), lepas tawar dapat CNY 100 jeeeee (RM 61)..so pandai2 la korang..kalau lapar atau dahaga, di ground floor ada food court, ada satu kedai makan India Muslim kat situ, certified Halal..nak balik ke hotel nanti, ikut route yang sama waktu datang..
Temple of Heaven

Tiket masuk ke Temple of Heaven


Kalau flight korang jam 2.30pagi ataupun 5.50pagi hari seterusnya, abam syorkan korang bergerak dari hotel dalam jam 8-9malam hari keempat ni…sebab last Airport Tren jam 10.30 malam..dari hotel, ambil Subway Line 6 menuju ke Lucheng tapi berhenti di Chaoyangmen…dari situ, ambil Subway Line 2 menuju ke Xizhemen tapi berhenti di Dongzhimen..kemudian ambil Airport Express, turun di terminal 2.

TIPS
- Di China, penggunaan FB, Whatsap dan Google adalah disekat, tapi bukannya illegal..kebanyakan warga asing akan guna VPN untuk access FB, Whatsap dan Google..abam xleh nak explain dalam ni, cuma kalau ada yg nak tau, boleh PM..
- Kalau korang tinggal di Spring Time Hostel ni, masjid Dongsi bersebelahan tu je..Dongsi Mosque adalah masjid yang tertua di Beijing.
- Subway di Beijing adalah dwibahasa, so kalau korang tak tau Mandarin, jangan risau..ada diaorang speaking London juga nanti..signboard di Subway pun dwibahasa juga..
- Abam sangat2 syorkan korang install application “Pleco”..apps ni bagus untuk korang berinteraksi dengan warga tempatan..contoh korang nak ke Summer Palace, tapi tak tau arah, nak tanya warga tempatan korang tak tau Mandarin dan diaorang pulak tak tau English..korang taip je Summer Palace kat Pleco tu, dia akan auto translate dalam tulisan Mandarin, kemudian korang tunjukkan je la kat warga tempatan masa nak cari jalan tu..lagi satu, apps ni tak memerlukan sambungan internet untuk korang guna..
- Masa nak balik, di Beijing Airport, pastikan dalam beg yang nak letak kat tempat luggage tu xde battery, power bank dan lain2 barang terlarang..kalau tidak, masa nak check in tu mmg kena punggah la jawabnya..diaorang akan scan bag korang masa nak check in tu..dan kawalan imigresen masa nak keluar dari Beijing teramat lah ketat..semua bahagian badan korang akan diraba dan discan kahkahkah..

Abam harap, serba sedikit panduan yang diberi ni dapat membantu korang dalam merangka perjalanan ke Beijing..kalau kena gayanya, trip korang all in termasuk flight tiket, hotel dan segala galanya, tak cecah RM1500 pun..Untuk pengetahuan, ini pertama kali abam jejakkan kaki ke Beijing, dan bersyukur sangat2, hasil usaha keras abam mengkaji, semuanya dipermudahkan..


Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand