Pengangkutan Awam di Kansai, Jepun

Bagi yang pertama kali ke Jepun, perkara utama yang bakal memeningkan kepala korang adalah sistem pengangkutan awamnya, terutama sekali jaringan keretapi (train), keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Baru2 ni, abam berkesempatan ke kawasan Kansai, Jepun dan daerah2 yang sempat abam lawati adalah Osaka, Nara, Kobe, Kyoto beserta dengan Shiga (ke Biwako Valley). Selama berada di sini, abam hanya menggunakan Kansai Thru Pass (KTP) dan juga Kansai Area Pass (KAP) selain dari menggunakan cash pada hari pertama dan terakhir.

Kansai Thru Pass
  1. Kansai Thru Pass (KTP) – sila rujuk pada gambar diatas untuk melihat rupa KTP..maklumat lengkap berkenaan dengan KTP boleh korang perolehi di https://www.japan-guide.com/e/e2357_005.html. Secara ringkas, KTP boleh digunakan di semua jaringan keretapi (train), keretapi bawah tanah (subway) dan juga bas yang pengendali perkhidmatannya SELAIN dari JR (Japan Railways). KTP boleh dibeli untuk penggunaan 1 hari, 2 hari, 3 hari ataupun 4 hari. Dan jika untuk lebih dari sehari, penggunaannya boleh diselang selikan harinya..sebagai contoh, korang beli untuk 2 hari, dah guna hari pertama pada Isnin, korang boleh guna untuk hari kedua pada bila2 masa selepas itu, tidak semestinya pada hari Selasa.

Dimana nak beli? Kalau korang mendarat di Kansai Airport, selepas keluar dari arrival hall, belok ke kanan, jalan depan sikit, korang akan nampak “Kansai Tourist Information Center” di sebelah kanan korang. KTP boleh dibeli disini.

Macam mana nak guna dan aktifkan kad ni? Ok, kad ni tak perlu diaktifkan, sudah siap sedia diguna masa korang beli..penggunaan pertama pada mana2 hari akan dianggap penggunaan hari pertama telah bermula, dan korang boleh memaksimakan penggunaan sehingga jam 12 tengah malam hari yang sama bagi melengkapkan satu hari penggunaan..Untuk cara penggunaan, sila rujuk pada video yang abam letak dibawah, mudah sahaja sebenarnya..



Tips > sebelum membuat keputusan untuk membeli KTP, pastikan korang cek dahulu jadual perjalanan korang..kalau katalah selama 5 hari berada di area Kansai, hanya 2 hari korang akan berjalan sakan dengan penggunaan keretapi atau keretapi bawah tanah, jadi beli sahaja untuk KTP 2 hari..Ingat, KTP hanya sah di jaringan keretapi, keretapi bawah tanah atau bas selain dari yang disediakan oleh JR. Ada beberapa pengecualian lain penggunaan KTP yang korang wajib tahu, seperti cas tambahan perlu dibayar bagi penggunaan Nankai Limited Express dan Kintetsu Limited Express.

  1. Kansai Area Pass (KAP) – ini adalah pas perjalanan yang disediakan oleh JR West Rail bagi kawasan Kansai yang meliputi Osaka, Nara, Kyoto, Kobe, Himeji dan Wakayama. Maklumat lanjut boleh korang perolehi di https://www.westjr.co.jp/global/en/ticket/pass/kansai/. Seperti KTP, KAP juga dijual untuk 1 hari, 2 hari, 3 hari atau 4 hari. Yang membezakan adalah penggunaannya. Tidak seperti KTP, KAP WAJIB diguna berterusan, maksudnya kalau korang beli untuk 2 hari, penggunaannya perlu dalam masa 2 hari BERTURUT TURUT. Dan kalau korang beli untuk sehari, tarikh untuk diguna perlu diberitahu sewaktu pembelian dibuat. Pembelian dalam talian kebiasaannya akan melayakkan korang untuk diskaun sebanyak 100 ke 200 yen, tapi kalau katalah korang tak pasti tarikh sebenar nak guna pass ni bila, jangan risau, BELI SAHAJA on the spot dimana2 JR Train Station. Rupa bentuk KAP boleh korang lihat di gambar yang abam letak dibawah.
Kansai Area Pass
Kenapa perlu beli KAP sedangkan KTP kan ada? Ok, ni soalan yang bagus. Korang kena ingat, tak semua kawasan boleh di capai melalui keretapi, keretapi bawah tanah atau bas yang bukan disediakan oleh JR. Sebagai contoh, abam tinggal di Osaka, untuk ke Biwako Valley, abam PERLU menggunakan JR. Disinilah penggunaan KAP amat berbaloi. Dari Osaka ke Biwako Valley, abam perlu naik JR Osaka Loop Line dari Shin Imamiya Station ke Osaka Station, kemudian tukar menaiki JR Tokaido Sanyo Line di platform 9 untuk ke Yamashina Station sebelum tukar menaiki JR Kosei Line untuk ke Shiga Station. Kemudian menaiki bas khas ke Biwako Valley. Kalau bayar cash, perjalanan sehala menaiki JR adalah 1490 Yen dan bas sehala adalah 330 Yen. Pergi balik, jumlah yang perlu dibayar adalah 3640 Yen (1490+1490+330+330). Sedangkan KAP untuk sehari hanyalah 2200 Yen, dan ditambah dengan pergi balik bas khas jumlahnya HANYALAH 2860 Yen SAHAJA (2200+330+330). Dah jimat 780 Yen disitu.

Dimana nak beli KAP? Ok, lepas korang dah beli KTP tadi, korang naik level atas satu tingkat, keluar dari bangunan tersebut melalui jejantas yang akan menghubungkan korang ke Nankai Train Station. Di area Nankai Train station tu, korang akan nampak JR Ticket Office. So boleh beli disini kalau korang dah buat keputusan awal2 tarikh bila nak guna. Kalau tak, nanti sebelum naik train JR, dimana2 station JR tu korang boleh juga beli KAP.

  1. Kenapa perlu pening2 beli pas dan macam mana nak rancang pas apa yang perlu dibeli dan untuk berapa hari? Pas amat berbaloi untuk penjimatan dan memudahkan perjalanan korang. Dengan pas, anda dengan mudah boleh menaiki keretapi tanpa pening2 di station untuk membeli tiket. Keputusan untuk beli pas yang mana dan untuk berapa hari telah abam cerita diatas tadi. Untuk pemahaman mendalam, sebagai contoh, abam ke Kansai dari 24 Jan sehingga 28 Jan. Hari pertama, abam tiba di Kansai Airport lewat petang (hampir jam 4 petang waktu tempatan). Jadi amat kurang berbaloi jika nak guna pas pada hari tersebut sebab abam buat keputusan, pada hari pertama akan ke hotel serta ke Dotonbori sahaja. SEMUA perjalanan hari pertama abam guna wang tunai. Ingat, walaupun guna wang tunai, korang dah boleh beli semua pas yang abam nyatakan di atas tu masa di airport walaupun tak guna pada hari tersebut. Pada hari terakhir (28 Jan) pun abam buat keputusan tak nak guna pas sebab akan hanya ronda2 sekitar hotel sebelum ke airport. Bagi yang risau macam mana cara nak guna mesin untuk beli tiket, ada abam letak video dibawah.


Pilih English, tekan Subway, kemudian jumlah tiket, masukkan wang di slot wang, dan tekan harga tiket

Sebagai rumusan, 24hb abam guna cash, 25hb abam guna KTP sepanjang hari, 26hb abam guna KAP sepanjang hari, 27hb abam guna KTP semula sepanjang hari, dan hari terakhir 28hb abam guna cash. Secara ringkasnya, abam beli KTP untuk 2 hari dan KAP untuk 1 hari.

Selain dari dua pas yang abam ceritakan diatas, terdapat juga lain2 pas yang mungkin berguna pada korang, antaranya seperti Osaka Amazing Pass (OAP)..OAP membolehkan korang berjalan di dalam Osaka SECARA PERCUMA samada menaiki keretapi, bas mahupun tram..pas ini juga melayakkan korang untuk masuk ke 35 tempat pelancongan di dalam Osaka SECARA PERCUMA..kalau korang memang rancang untuk jelajah dalam Osaka, abam syorkan untuk beli pas ni..walaupun abam kata PERCUMA diatas, nak beli pas ni kena lah bayar haha..terdapat dua jenis OAP, untuk satu hari ataupun dua hari..maklumat lanjut berkaitan OAP dan lain2 pas boleh diperolehi di laman sesawang http://www.osaka-info.jp/en/plan/practical_information/travel_passes/

Tips > kadang2, bila berada di tempat asing, agak was2 tak tau nak naik di mana atau naik apa..jgn risau, pastikan phone korang ada sambungan ke internet, pergi ke google, taip sahaja “from xxxx to xxxx”. Sebagai contoh, “from shin imamiya to dotonbori”, dan tekan butang search, pastikan korang tekan pada gambar keretapi, akan ada pilihan2 dibawahnya nanti. Tekan sahaja pada mana2 pilihan yang sesuai, akan dinyatakan subway/train line apa perlu diambil dan station yang berhampiran. Mudah sahaja…

Abam harap, serba sedikit penjelasan diatas ni dapat membantu korang dalam merangka perjalanan di bumi Kansai. Untuk makluman, ada banyak lagi pas yang lain, tapi abam taknak peningkan kepala abam dan korang, cukuplah guna dua pas ni sahaja J.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Apa yang menarik di Phuket?