Mengembara dibumi Kansai dengan kos dibawah RM2000

Tanggal 24 Jan 2018 sehingga 28 Jan 2018 yang lepas, abam berkesempatan ke bumi Kansai, yang antara lainnya meliputi kawasan Osaka, Nara, Kobe, Kyoto dan Shiga..ramai juga yang bertanya abam, apa beza Kansai dan Osaka? Ok, untuk yang belum tahu, Osaka adalah salah sebuah kawasan yang terletak didalam Kansai. Kansai terletak dibahagian TENGAH SELATAN kepulauan Honshu Jepun. Selain dari Osaka, didalam Kansai terdapat Kyoto, Kobe, Nara, Wakayama, Hyogo, Mie dan Shiga. Maklumat lanjut boleh korang perolehi di https://en.wikipedia.org/wiki/Kansai_region Kebiasaannya, kalau dari Malaysia, penerbangan korang akan mendarat di Kansai Airport yang terletak di pulau buatan manusia di perairan Osaka
Berlatar belakangkan Osaka Castle

Perkara utama yang abam nak kongsikan kali ini adalah bagaimana untuk ke area Kansai dengan cara berjimat. Jumlah keseluruhan kos abam termasuk tiket kapal terbang, tempat tinggal, kos pengangkutan dan makan minum adalah dibawah RM2,000!! 

Abam selitkan dibawah ini itinerari perjalanan selama 5 hari di bumi Kansai..

Hari Pertama (Total Kos dalam RM= 1151)
24/1/2018
  • 8.05am > Penerbangan AA X ke Kansai International Airport (RM315)
  • 4.00pm > Beli Kansai Thru Pass untuk 2 hari (JPY1270) dan Kansai Area Pass untuk sehari (JPY2200). Maklumat lanjut pembelian, sila ke laman blog abam di http://www.mytravelcerita.com/2018/02/pengangkutan-awam-di-kansai-japan.html
  • 4.30pm > Beli tiket Nankai Limited Expres Rapit untuk menuju ke Shin Imamiya Station. Harga tiket JPY1270
  • 5.00pm > Daftar masuk ke Hotel Shin Imamiya. Abam tempah untuk selama 5h4m bilik yang dilengkapi dengan private shower dan bath tub dengan harga keseluruhan RM517. Untuk ke hotel ni, selepas keluar dari train di stesyen Shin Imamiya, pergi menghala ke west exit, kemudian turun hingga ke bawah sekali, belok ke kiri dan berjalan dalam 30 meter sebelum sampai ke hotel. 
  • 7.00pm > Dotonbori dan Shinsaibashi Nightlife. Dari hotel, belok ke kiri sejauh 100 meter untuk tiba di Dobutsuen Mae Station. Turun kebawah, dan beli tiket beharga JPY180 untuk menaiki Midosuji Line menuju ke Shin Osaka, tetapi korang kena turun di Namba Station. Selepas turun di Namba, ikut pintu keluar ke laluan nombor 14, dipersimpangan tangga nombor 14, belok kekanan untuk keatas. Setelah tiba diatas, jalan ke hadapan beberapa langkah, kemudian belok ke kiri dan jalan terus sehingga bertemu simpang empat. Disitu, belok ke kiri dan jalan terus sehingga bertemu jambatan yang berlatar belakangkan glico man. 
  • 7.30pm > Makan malam di Creo Ru Takoyaki & Okonomiyaki. Kedai ni menghidangkan Takoyaki & Okonomiyaki yang halal. Macam mana nak cari kedai ni? Tadi masa menghala ke jambatan di area Dotonbori yang berlatarbelakangkan glico man, korang akan nampak Starbuck di sebelah kanan, ikut lorong depan Starbuck tu untuk ke Creo Ru Takoyaki & Okonomiyaki. Disini, untuk Okonomiyaki, harga adalah diantara JPY900-1500, manakala untuk Takoyaki diantara JPY500-800.
Antara kedai2 yang terdapat di Dotonbori


Bergambar dengan 'Glico Man'


Hari Kedua (Total kos dalam RM= 100)
25/1/2018
  • 8.00am > Sarapan meggi di hotel dan beli air kopi tin panas di vending machine (JPY200)
  • 8.30am > Osaka Castle, menggunakan Kansai Thru Pass. Dari stesyen Dobutsuen Mae, ambil train Sakaisuji Line menghala ke Kita Senri, tetapi korang turun di Nagahoribashi Station. Kemudian tukar menaiki Nagahoritsurumiryokuchi Line menuju ke Kadoma Minami tetapi turun di Osaka Business Park Station. Masa nak keluar, cari signboard yang tertulis Osaka Castle, naik sampai keatas. Kemudian belok ke kanan, dari jauh korang akan nampak Osaka Castle. 
  • 10.30am > Nara Park, menggunakan Kansai Thru Pass. Dari Osaka Castle, ikut signboard menuju ke Morinomiya Station. Ambil Chuo Line menuju ke Ikoma dan berhenti di Ikoma Station. Kemudian tukar ke Kintetsu Nara Line untuk turun di Kintetsu Nara Station. Setelah keluar dari stesyen, cari hentian bas nombor 1 untuk menaiki bas nombor 2 menuju ke Nara Park. Harga tiket sehala adalah JPY210. Kalau larat, korang boleh juga berjalan kaki. Anggaran jarak berjalan didalam 1 km yang mengambil masa diantara 15 ke 30 minit. 
  • 12.00pm > Untuk makan tengah hari, abam syorkan korang beli awal2 Onigiri di 7 Elevan dan makan di persekitaran Nara Park. Air minuman pula boleh diperolehi dengan mudah di vending machine. Total kos makan tengah hari JPY800.
  • 2.00pm > Kobe Harborland, menggunakan Kansai Thru Pass. Dari Kintetsu Nara Station, ambil Kintetsu Nara Line menuju ke Kobe Sannomiya tetapi turun di Amagasaki Station. Kemudian, tukar menaiki Hanshin Line menuju ke San Yo Himeji tetapi turun di Kosoku Kobe Station. Setelah keluar dari stesyen, korang jalan menghala ke sign board yang tertulis Kobe Harborland. Naik keatas, kemudian belok ke kanan. Jalan dalam 700 meter sebelum sampai di Ferris Wheel. Harga untuk menaiki Ferries Wheel adalah JPY800. 
  • 5.00pm > Untuk pulang ke hotel, ambil Kobekosoku Tetsudo Limited Express menuju ke Hankyu Umeda tetapi korang turun di Umeda. Di Umeda, tukar ke Midosuji Line menuju ke Tennoji tetapi turun di Dobutsuen Mae Station. Keluar dari exit nombor 6, naik tangga keatas, belok ke kiri, jalan didalam 100 meter untuk ke hotel. 
Rusa2 yg jinak di Nara Park
Ferris Wheel di Kobe Harborland

Hari Ketiga (Total kos dalam RM= 200)
26/1/2018
  • 8.00am > Sarapan Brahim Nasi Lemak di hotel dan beli air kopi tin panas di vending machine (JPY200)
  • 8.30am > Biwako Valley Resort, menggunakan Kansai Area Pass. Dari JR Shin Imamiya Station, ambil JR Osaka Loop Line menuju ke Tennoji tetapi turun di Osaka Station. Train akan berhenti di platform 1 atau 2. Kemudian korang naik eskalator ke atas, cari platform 9 untuk menaiki JR Tokaido Sanyo Line menuju ke Kusatsu tetapi korang turun di Yamashina Station. Di sini, tukar ke platform sebelah untuk menaiki JR Kosei Line menuju ke Omi Maiko tetapi turun di Shiga Station. Turun ke bawah setelah keluar dari station, cari hentian bas disebelah kanan untuk menaiki bas ke Biwako Valley. Tambang sehala adalah JPY330. 
  • 9.00am > Di stesyen ropeway bawah Biwako Valley, korang boleh beli tiket ropeway yang beharga JPY2500 untuk dua hala, dan kalau korang merancang untuk bermain ski diatas, ada disediakan tempat untuk menyewa peralatan ski. 
  • 12.00pm > Untuk makan tengah hari, abam syorkan korang tapau awal2 sebelum ke sini, kerana tiada kedai yang menjual makanan halal disediakan. 
  • 4.00pm > Untuk pulang ke hotel, ambil bas dari stesyen bawah Biwako Valley menuju ke JR Shiga Station. Dari Shiga Station, ambil JR Kosei Line menuju ke Yamashina Station. Kemudian, naik JR Tokaido Sanyo Line untuk ke Osaka Station. Tren akan berhenti di platform 9 atau 10. Korang naik keatas, pergi menuju ke platform nombor 1 untuk menaiki JR Osaka Loop Line dan turun di Shin Imamiya Station.
Tiket Ropeway untuk ke puncak
Signboard Biwako Valley di luar stesyen Shiga


Hari Keempat (Total kos dalam RM= 100)
27/1/2018
  • 8.00am > Sarapan meggi dan roti di hotel, beli air kopi tin panas di vending machine (JPY200)
  • 8.30am > Arashiyama Bamboo Forest & Kimono Forest, menggunakan Kansai Thru Pass. Dari Dobutsuen Mae Station, ambil Sakaisuji Line menuju ke Kita Senri tetapi korang turun di Awaji Station. Kemudian tukar ke Hankyu Kyoto Line Limited Express menuju ke Kawaramachi tetapi turun di Katsura Station. Disini, korang ambil tren Hankyu Arashiyama Line menuju ke Arashiyama Station. Untuk ke Bamboo Forest, abam cadangkan korang berjalan kaki, kerana perjalanan 1.3km ke sana amatlah berbaloi disajikan dengan pemandangan yang menarik. Selain daripada berjalan kaki, korang boleh menyewa basikal ataupun menaiki bas yang disediakan. 
  • 11.00am > Fushimi Inari Taisha, menggunakan Kansai Thru Pass. Dari Arashiyama Station, ambil Hankyu Arashiyama Line untuk turun di Katsura Station. Kemudian tukar menaiki Hankyu Kyoto Line untuk turun di Kawaramachi Station. Jalan menuju ke Gion Shijo Station untuk menaiki Keihan Main Line menghala ke Yodoyabashi tetapi turun di Fushimi Inari Station. Setelah keluar dari stesyen, jalan kehadapan beberapa meter, kemudian belok ke kiri, jalan terus untuk ke Fushimi Inari Taisha. 
  • 12.00pm > Untuk makan tengah hari, abam syorkan korang untuk membeli makanan disepanjang laluan ke Fushimi Inari Taisha (JPY1500)
  • 5.00pm > Untuk pulang ke hotel, dari Fushimi Inari Station, ambil Keihan Main Line menuju ke Yodoyabashi tetapi turun di Kitahama Station. Kemudian tukar menaiki Sakaisuji Line menuju ke Tengachaya untuk turun di Dobutsuen Mae Station. Keluar melalui pintu nombor 6, naik tangga ke atas, belok ke kanan dan kemudian jalan sejauh 100 meter untuk ke hotel. 
Bamboo Forest

Fushimi Inari Taisha

Hari Kelima (Total kos dalam RM= 360)
28/1/2018
  • 8.00am > Sarapan meggi dan roti di hotel, beli air kopi tin panas di vending machine (JPY200)
  • 8.30am > Berjalan kaki ke Tennoji Zoo dan Tsutenkaku Tower. Jarak perjalanan dari hotel ke dua destinasi ni tidaklah jauh. Sementara menunggu masa untuk daftar keluar hotel, bolehlah korang santai2 ke sini. 
  • 10.00am > Packing and Check Out
  • 11.00am > Dari Shin Imamiya Station, beli tiket untuk menaiki Nankai Line menuju ke Kansai Airport. Harga tiket JPY920
  • 4.40pm > Penerbangan AA X ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA2) (RM303)
Diharap, perkongsian abam kali ni dapat membantu korang didalam merangka perjalanan ke bumi Kansai, tidak kira sebagai pengembara solo ataupun berkumpulan.

Bagi abam, mengembara ni seperti makan..hari2 ko kena makan..dah makan banyak2, ko akan rasa sakit perut dan pergi "membuang"..nak makan ko kena keluarkan duit, macam mengembara gak..yang ko buang tu pula ibarat kerugian yang ko tanggung hasil dari salah rancang..tak semua yang ko makan tu akan dibuang, ada yang tertinggal, sebati dengan diri..itu ibarat ilmu dan pengalaman yang ko dapat dari mengembara..kalau ko salah makan, hampir semuanya akan terbuang..macam mengembara, ko salah rancang, hasilnya tak berbaloi dengan wang yang dah ko laburkan..apa2 pun, ko takkan pernah puas untuk makan, makan dan makan lagi..mengembara pun macam tu juga, ko nak lagi, lagi, lagi dan lagi..takkan pernah puas..

Akhir kata, abam tinggalkan korang dengan video perjalanan abam di bumi Kansai...
Dewa, mata chikai uchini (See you again..)


Comments

  1. hai Encik Wan. Ingat saya lgi tak nana. Bestnya gi osaka. xada ole2 ke untuk saya & mel..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand