Posts

Showing posts from February, 2018

WAJIB baca sebelum ke Beijing

Image
Perkara paling utama!! Pastikan Visa untuk ke China telah diluluskan. Klik disini untuk panduan bagaimana memohon Visa ke China. 
Perjalanan ke Beijing menaiki AirAsia X akan mendarat di terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Dari Terminal 2, keluar je arrival hall, belok ke kanan, jalan depan sikit, akan nampak signboardAirport Express disebelah kiri korang..ambil lift turun kebawah kemudian follow je signboard sampai la jumpe kaunter tiket. 
Harga tiket sehala ke Stesyen Sanyuanqiao ataupun Dongzhimen adalah CNY 25 (RM 16). Bagi memudahkan korang, abam syorkan untuk beli je kad Beijing Transportation Smart Card (BTSC) ataupun lebih dikenali dengan namaBeijing Yikatongkat kaunter tu..harga kad ni CNY20 (RM 13) (refundable), dan korang top up CNY 100 (RM 62) dalam tu, mmg akan cukup untuk cover perjalanan selama korang berada di Beijing, itupun kalau korang ikut bebetul itinerary yang abam bagi ni. Untuk tempat tinggal, abam syorkan sangat sangat sangat sangat dan teramat la s…

Mengembara dibumi Kansai dengan kos dibawah RM2000

Image
Tanggal 24 Jan 2018 sehingga 28 Jan 2018 yang lepas, abam berkesempatan ke bumi Kansai, yang antara lainnya meliputi kawasan Osaka, Nara, Kobe, Kyoto dan Shiga..ramai juga yang bertanya abam, apa beza Kansai dan Osaka? Ok, untuk yang belum tahu, Osaka adalah salah sebuah kawasan yang terletak didalam Kansai. Kansai terletak dibahagian TENGAH SELATAN kepulauan Honshu Jepun. Selain dari Osaka, didalam Kansai terdapat Kyoto, Kobe, Nara, Wakayama, Hyogo, Mie dan Shiga. Maklumat lanjut boleh korang perolehi di https://en.wikipedia.org/wiki/Kansai_region Kebiasaannya, kalau dari Malaysia, penerbangan korang akan mendarat di KansaiAirport yang terletak di pulau buatan manusia di perairan Osaka. 
Perkara utama yang abam nak kongsikan kali ini adalah bagaimana untuk ke area Kansai dengan cara berjimat. Jumlah keseluruhan kos abam termasuk tiket kapal terbang, tempat tinggal, kos pengangkutan dan makan minum adalah dibawah RM2,000!!
Abam selitkan dibawah ini itinerari perjalanan selama 5 hari …

Pengangkutan Awam di Kansai, Jepun

Image
Bagi yang pertama kali ke Jepun, perkara utama yang bakal memeningkan kepala korang adalah sistem pengangkutan awamnya, terutama sekali jaringan keretapi (train), keretapi bawah tanah (subway) dan bas. Baru2 ni, abam berkesempatan ke kawasan Kansai, Jepun dan daerah2 yang sempat abam lawati adalah Osaka, Nara, Kobe, Kyoto beserta dengan Shiga (ke Biwako Valley). Selama berada di sini, abam hanya menggunakan Kansai Thru Pass (KTP) dan juga Kansai Area Pass (KAP) selain dari menggunakan cash pada hari pertama dan terakhir.
Kansai Thru Pass (KTP) – sila rujuk pada gambar diatas untuk melihat rupa KTP..maklumat lengkap berkenaan dengan KTP boleh korang perolehi di https://www.japan-guide.com/e/e2357_005.html. Secara ringkas, KTP boleh digunakan di semua jaringan keretapi (train), keretapi bawah tanah (subway) dan juga bas yang pengendali perkhidmatannya SELAIN dari JR (Japan Railways). KTP boleh dibeli untuk penggunaan 1 hari, 2 hari, 3 hari ataupun 4 hari. Dan ji…