Hat Yai, Syurga Makanan

Abam berkesempatan untuk ke Hat Yai pada 9-11 Dec 2017. Trip yang boleh abam gelarkan sebagai 'explorasi ke syurga makanan dunia'.
Hat Yai Junction. Stesyen keretapi Hat Yai yg menghubungkan Padang Besar sebelah Thai dan juga Bangkok

***Jangan lupa untuk Subscribe ke Channel Youtube abam di https://www.youtube.com/channel/UCl8h3EE4CjmIWNFxI_9UgKg***

***Jangan lupa untuk berkunjung ke post terbaru abam mengenai cara-cara untuk menaiki keretapi ke Hat Yai di http://www.mytravelcerita.com/2018/07/bercuti-ke-hat-yai-menaiki-keretapi.html***

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***

Di Mana Hat Yai?
Nama Hat Yai berasal dari perkataan Mahat Yai yang bermaksud Pokok Besar Mahat (spesis Nangka). Terletak di bahagian paling selatan Thailand, di dalam daerah Songkhla dan bersempadan dengan Malaysia. 

Bagaimana ke Hat Yai?
Ada 3 cara mudah ke Hat Yai. Korang boleh naik kapal terbang AirAsia, melalui jalan darat samada memandu sendiri ataupun menaiki perkhidmatan bas ekspres, dan yang paling menarik, menaiki ETS ke Padang Besar dan tukar menaiki keretapi biasa ke Hat Yai. Untuk yang bercadang menaiki bas ataupun ETS, abam syorkan sangat-sangat pembelian tiket dibuat seawal mungkin dari dalam talian menerusi laman sesawang http://www.easybook.com/en-my. Kenapa perlu beli awal? Sebab tiket cepat habis, terutama sekali tiket ETS. 

Kalau korang nak naik bas, perjalanan agak lama dan membosankan sedikit, sebab naik bas korang tak boleh nak gerak-gerak sangat dalam tu, dan lagi satu, bas hanya berhenti di satu hentian je, masa di Bukit Kayu Hitam nanti..jarak perjalanan pun mengambil masa hampir 8 jam lebih..cuma kalau korang dah takde pilihan, terutama sekali bila tiket ETS habis, bas amat berguna..harap maklum, bas kadang-kadang akan bawa korang terus sampai ke Pekan Hat Yai, tapi kebanyakan masanya hanya sampai di Imigresen Thai, dan korang perlu naik van (banyak di area situ nanti) untuk ke hotel yang korang dah tempah di Hat Yai..ada dua bas je abam syorkan, samada Konsortium ataupun Sri Maju Group..yang lain-lain tu korang abaikan, nanti jenuh korang pening dengan arrangement dia, sebab yang lain-lain tu kena tukar naik van dan bas di Pulau Pinang..itu tak termasuk lewat pick up dan lain-lain lagi (abam dah terkena! hahaha)..Harga bas sehala Konsortium adalah RM62 manakala Sri Maju RM60..dan kalau korang di turunkan hanya di Imigresen Thailand, harga sehala menaiki van ke Hotel di Hat Yai adalah lebih kurang THB 200 (RM26). 



Kalau menaiki bas atau kenderaan sendiri, korang kena melalui imigrasi Sadao, Thai untuk mendapatkan pelepasan ke Thailand

Bagi abam, cara yang paling mudah dan selesa adalah menaiki ETS dan tukar menaiki tren biasa ke Hat Yai..Perjalanan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar adalah dalam lingkungan 5 jam 45 minit ke 6 jam. Terdapat 3 jenis perkhidmatan ETS yang disediakan iaitu:

>Platinum - RM102 sehala..kekerapan tren adalah dua kali sehari dari KL Sentral, samadan jam 10.55am ataupaun 6.00pm..dari Padang Besar ke KL Sentral pula, ada 3 masa yang berlainan iaitu 11.15am, 2.20pm dan 5.13pm..ada complimentary snack disediakan, tapi tak kenyang pun, dapat air kotak dan jajan je..tren ini akan berhenti di kurang dari 10 hentian.

>Gold - RM76 sehala dan kekerapan tren dari KL Sentral adalah 3 kali, iaitu pada jam 7.00am, 9.59am dan 11.30pm..dari Padang Besar pulang ke KL Sentral pula ada 2 masa yang berlainan, pada jam 7.47am dan 6.05pm..tiada complimentary snack disediakan, nak makan sila ke kantin di gerabak C..ada lebih dari 20 hentian sebelum sampai ke Padang Besar.

>Silver - *tiada untuk laluan ke Padang Besar*

Tempat duduk ETS menghadap ke dua hala yang berlainan, satu ke selatan dan satu lagi ke utara, jadi bagi sesiap yang cepat mabuk, pemilihan tempat duduk amatlah penting..tempat duduk boleh dipilih semasa pembelian dibuat secara dalam talian..lepastu, disebabkan perjalanan jauh, korang mesti kebuluq nyeee..walaupun naik Platinum, setakat dapat jajan tu mana nak kenyangnye..pegi la beli kat koc C nanti, ada kantin di situ..Untuk set nasi lemak bersama air kopi, harganya RM11 aje..

Harap maklum, bila korang dah tiba di Padang Besar, korang kena naik special train yang akan bertolak ke Hatyai samada pada jam 9.55am waktu Malaysia (8.55am waktu Thailand) ataupun pada jam 3.40pm waktu Malaysia (2.40pm waktu Thailand). Jadi abam sangat syorkan korang naik ETS dari KL Sentral pada jam 7.00am ataupun 11.30pm supaya korang sempat naik tren ke Hat Yai dari Padang Besar nanti..tapi jangan risau, kalau korang terlepas tren atau dapat masa ETS yang kurang sesuai, boleh je ambil van dari Padang Besar untuk ke Hat Yai..di stesyen KTM Padang Besar tu, ETS akan berhenti di Platform 1, kalau korang nak naik tren ke Hat Yai, korang perlu ke Platform 2 untuk pembelian tiket dan pelepasan imigresen sebelum dibenarkan naik tren ke Hat Yai..kalau korang bercadang nak naik van, selepas keluar dari ETS di Platform 1, korang terus naik ke tingkat 1, akan ada ramai agen-agen yang mempromosikan perkhidmatan van mereka untuk ke Hat Yai. 

Untuk pulang pula, korang boleh ambil tren dari Hat Yai ke Padang Besar yang akan bertolak pada jam 8.30am waktu Malaysia (7.30am waktu Thailand) ataupun pada jam 2.05pm waktu Malaysia (1.05pm waktu Thailand)...maksudnya korang kena ambil ETS dari Padang Besar ke KL Sentral untuk masa bertolak pada jam 11.15am (Platinum), 2.20pm (Platinum), 5.13pm (Platinum) ataupun 6.05pm (Gold).

Untuk laluan Padang Besar-Hat Yai dan Hat Yai-Padang Besar, tiada pembelian secara dalam talian disediakan, tapi korang jangan risau, tiket memang sentiasa ada di kaunter..dan untuk pengetahuan bagi yang pertama kali cross border ikut jalan darat, korang akan lalui dua imigresen yang berlainan, satu dari Malaysia dan satu lagi dari Thailand. 


Tinggal di Mana?
Tempat-tempat yang wajib dilawati di Hat Yai agak tidak tertumpu pada satu kawasan. Jarak antara satu sama lain agak jauh, oleh yang demikian, penggunaan tuk tuk amat digalakkan semasa berada disana..tambang untuk menaiki tuk tuk bergantung pada jarak perjalanan dan kebiasaannya diantara THB 20-200 (RM 3-26). Selain dari tuk tuk, penggunaan Grab juga agak meluas di Hat Yai, mudah dan murah..perjalanan dalam Pekan Hat Yai kebiasaannya di antara THB 75-150 (RM 10-19 dan ke luar pekan seperti ke Samila Beach di Songkhla beharga sekitar THB 430 (RM 54)..kalau korang berkongsi 2-3 orang, lagi jimat.

Ok, untuk tempat tinggal, kalau korang nak yang berdekatan dengan stesyen keretapi Hat Yai (Hat Yai Junction), ada 3 hotel yang abam syorkan..The Red Planet Hatyai (RM85), The Train Hotel Hatyai (RM38) ataupun Aloha Hotel (RM95)..kesemua hotel ini boleh diakses hanya dengan berjalan kaki dari stesyen keretapi Hat Yai..kalau korang nak yang berada di tengah-tengah pusat bandar, boleh cuba tinggal di Lee Gardens Plaza Hotel (RM160), Crystal Hotel Hatyai (RM193), The Bed Hotel Hat Yai (RM124), The Bedroom Hatyai (RM45), The Habita Hatyai (RM170), Buri Sriphu Boutique Hotel (RM146), U Hatyai Hotel (RM112) ataupun Siam Center Hotel (RM93).


The Bedroom Hat Yai..abam suka bilik dia sebab unik dan kedudukan hotel ni pun agak central serta mudah utk dapatkan perkhidmatan tuk tuk dan Grab

Tempat Wajib Pergi
Macam abam katakan sebelum ini, nak kemana-mana di Hat Yai ni, korang boleh naik tuk tuk ataupun Grab..murah dan jimat..kebanyakan hotel abam senaraikan kat atas tu ada tuk tuk sedia menunggu di hadapan hotel..kalau dalam kawasan Hat Yai, tempat-tempat wajib pergi adalah Asean Night Market (dibuka selepas jam 2 petang), Khlong Hae Floating Market (dibuka selepas jam 2 petang), Lee Garden Plaza Shopping, Hatyai Municipality Park (ada cable car di sini), Magic Museum, Namtok Ton Nga Chang (air terjun tujuh tingkat), Wat Hat Yai Nai (patung tidur Buddha ketiga terbesar di Thailand) dan Greenway Night Market (dibuka selepas jam 2 petang). Kalau naik tuk tuk ke tempat-tempat ni dari hotel yang abam senaraikan, dalam lebih kurang THB 20-100 (RM 3-13) sehala, nak naik Grab pun boleh..selain dari tu, alang-alang dah sampai Hat Yai, pe kata korang ke Samila Beach di Songkhla..jarak perjalanan didalam 40 kilometer..kalau dari Hat Yai nak ke sini, tuk tuk agak susah nak dapat, paling mudah, ambil Grab je, harga dalam THB 430 sehala (RM54)..kongsi la bertiga ke, murah sikit..bagi abam, rugi kalau tidak berkunjung ke Samila Beach ni sebenarnya..

Malam-malam kat Hat Yai ni, kalau korang bosan-bosan, boleh la layan ayam betul ataupun ayam jadian muahahaha..takde la, ni abam buat lawak je..Cuma kat sini, hati-hati didalam memilih, takut terpilih yang 'tulen banggg' kahkahkah..nak cari jodoh memang berpinau mata kat sini, comel-comel orangnye, bahasa pun halusss je.


Berapa jumlah kos anggaran 3h2m untuk Solo trip?
ETS dari KL Sentral ke Padang Besar pergi balik (Gold) = RM 152
Special Train Padang Besar-Hatyai pergi balik = RM 14
Tuk tuk untuk berjalan sekitar Hat Yai = RM 50
Grab ke Samila Beach pergi balik = RM 50
Cable Car THB 200 = RM 26
Makan dan minum = RM 60
JUMLAH KESELURUHAN = RM 449

Kalau nak jimat, korang pergilah berdua atau lebih, sebab nanti kos tuk tuk, Grab dan hotel boleh dikongsi.

Itu serba sedikit berkaitan dengan trip ke Hatyai..sebelum ni, abam tak pandang sangat Hat Yai ni, sebab minda abam, yang ke Hat Yai ni nak cari anak ayamatau bapok jee kahkahkah..rupanya abam silap, sekarang dah terjebakkk..tapi terus terang cakap, abam tak layan benda-benda tu semua, tolonglahhh percaya..bagi abam, Hat Yai Syurga Makanan, serba serbi sedap, dan unik..tak rugi ke sini..dah pergi sekali, rasa macam tiap-tiap bulan nak ke sini..

***Jangan lupa untuk berkunjung ke post terbaru abam mengenai cara-cara untuk menaiki keretapi ke Hat Yai di http://www.mytravelcerita.com/2018/07/bercuti-ke-hat-yai-menaiki-keretapi.html***

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***


Pancake Thai, wajib cuba kalau ke Thailand

Di Hat Yai, air kelapa boleh diperolehi dengan mudah

Asean Night Market..tempat wajib pergi kalau ke Hat Yai..semua jenis makanan ada disini, dan pelbagai barangan seperti baju dan beg boleh didapati dengan murah kat sini

Hat Yai Cable Car..THB 200 utk seorang

Kalau nak cari barang2 branded, boleh pegi Central Festival ni

Hat Yai Municipality Park

Klonghae Floating Market

Geram je tengok seafood ni haha

Songkhla..dalam 30 meter dari Hat Yai

Telur Puyuh..ni mmg terbaekk...

Tuk Tuk di Hat Yai

Comments

  1. yg gambar udang goreng dan ketam goreng tu area mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu area khlong hae floating market bro, masa aku pegi tu, sampan2 semua takleh nak guna haha, sebab air sungai tinggi sangat, musim hujan, so depa terpaksa niaga kat darat area2 sungai..tapi mmg terbaek la Hat Yai :)

      Delete
  2. Bawak budak dlm 7 9 tahun ok ke kat hatyai?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat2 ok..sana tak seperti Phuket yang lebih kepada hiburan semata2..Hatyai kalau bawa keluarga mmg ok sangat

      Delete
  3. Salam, nak tanya jarak dari imegresen malaysia ke stesyen keretapi padang besar jauh tak? Dlm berapa meter ya? Sbb bawak baby..ingat nak naik van dr hatyai ke pdg besar...thanks in advance

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..kalau menaiki ETS, tren akan berhenti di platform satu...keluar dari ets, pergi ke platform satu..imigresen thai berada dihujung platform satu, jarak dalam 100 meter sahaja :)..imigresen ini hanya kalau nak naik tren ke hatyai dari padang besar..kalau naik van, naik tangga ke atas, akan ada org yang bertanya untuk perkhidmatan van, nanti diaorang akan uruskan semuanya..

      Delete
  4. hi.. kalau subuh dlm jam 4 am cam tu ada x grab dr hatyai central - hatyai airport? klau tau, jawab yea ��

    ReplyDelete
  5. grab dgn teksi ke airport lebih kurang je...grab haritu 235..teksi minta 300thb dr travel agent...kalau pagi2 buta ni..better deal dgn travel agent siap2..boleh mereka ambil kat hotel terus...takut grab tak ada laa...apa apa pun comfirm awal awal...atau lebih senang,book hotel yg dekat dgn airport..mereka ada shuttle free ke airport....awal tu ronda ronda laa kat pekan hatyai...

    ReplyDelete
  6. hye nak tanye.. klu nak ker hatyai nek special train mmg ETS akan trunkan kite ker platform 1 padang besar gak ker or de platform2 trtentu.. and bler da nek special train smpi ker hat yai tuk kite pegi ker hotel yg kite da book tue kite kne nek mini van ker tuk tuk ker or cne.. and mne better..sowiee sbb sy bru pertama kali nk ker hatyai bulan 8 nie nek ETS.. masehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di stesyen KTM Padang Besar tu ada 2 platform sahaja, platform 1 dan 2..ets mmg akan berhenti di platform 1, dan untuk naik spesial tren ke hatyai, memang perlu ke platform 2..sebelah menyebelah je sebenarnya :)...imigrensen serta pembelian tiket tren ke hatyai semuanya di platform 2..tren ke hatyai akan berhenti last di hatyai junction..kena turun situ, dan untuk ke hotel, mmg banyak tuk2 akan tanya kita..ada sesetengah hotel berada di area2 tren stesyen tu je, boleh jalan kaki, tapi kalau pertama kali, takut sesat, boleh je naik tuk2 :)

      Delete
    2. masehhhh..tp nk tanye lagi sowiee.. yg 1st time tuk msuk ker hatyai nie tuk cop pasport sume mmg dekat2 antara platform 1 dan platform 2 eh.. so mmg kite settlekan sume kat ctula eh..sowie n masehhh..byk lagi nk tnye xpekan..

      Delete
    3. sorry baru perasan tak jawab soalan ni lagi hehe..kalau naik tren, mmg semua akan diuruskan kat platform 1-2 tu, imigresen thai dan malaysia semua kat situ nnti..sampai je hatyai nnti dah tak perlu cop ape2

      Delete
  7. Xpe ok je..yup2, cop passport dan semua urusan imi akan di buat di platform 2 ktm padang besar, dan sampai hatyai nnti xde lagi dah urusan imi semua tu..ni kalau awak naik special tren..tapi kalau naik van lain sikit, bukan cop passport di ktm tu..

    ReplyDelete
  8. Thank you so much for the information! Anyway tuk tuk kira seorang atau kalau naik tuk tuk 3/4 org bolehh pecahkan so jd lagi jimat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuk2 biasanya dia kira per person, cuma kalau kita sorang2, normally dia charge mahal, kalau kita ramai2, dia akan charge murah

      Delete
  9. hai..nak tnya..kalau nak balik dr hatyai ke padang besar.. ada transport lain tak selain drpd train tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada..boleh naik van juga, atau naik grab..tapi mahal nnti, sebab van dia akan kire macam kita sewa satu van, unless kalau ramai2, boleh bahagikan..biasanya around 1500 baht juga dia charge satu van..atau kalau naik grab, tapi grab akan sampai imigresen thai je, nak ke imi malaysia kena jalan kaki sikit

      Delete
  10. maaf nak tanya, saya akan ke hat yai sabtu ni. saya turun dari padang besar by ets train lepastu naik tingkat 1 untuk cari van/tuk tuk ke? cop apa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak naik van (tiada tuk2 dari padang besar ke hatyai), naik ke tingkat satu..nnti agen di situ akan agihkan borang kemasukan putih untuk diisi dan diserahkan pada imi thai masa nak masuk ke thai nanti..tapi kalau nak naik tren ke hatyai, selepas turun ets, pergi ke platform 2, dihujung platform 2 ada kaunter untuk pembelian tiket ke hatyai, selepas pembelian tiket dibuat, terus ke kaunter imigresen di area situ juga sebelum menaiki tren ke hatyai.

      Delete
    2. Okay terima kasih En Harwan atas pencerahan assalamualaikum.

      Delete
  11. Tuan pergi bulan December musim hujan tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, masa sy pegi hujan biasa2 aje 😀

      Delete
  12. Salam..sy nk tnya..kalau xnak trlepas train utk ke hatyai tu agak2 waktu terbaik naik train dr ets pkul berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wakti terbaik naik train dr kl sentral ***

      Delete
    2. saya cadangkan naik tren jam 7 pagi dari kl sentral..atau jam 11.30 malam dari kl sentral..tapi yang malam tu nnti sampai padang besar awal pagi sangat, jadi yang paling terbaik naik ets jam 7 pagi :)

      Delete
  13. Salam..tq post benda ni..sangat membantu..xsabar lak nak g bulan nov ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, tq singgah ye, jgn lupe follow blog ni :)

      Delete
  14. Salam alaik tuan.. bnyak info tuan yg membantu utk kami pegi ke Hatyai on November nanti.. btw 1st time kitorg nak kesana and main redah je dgn research blog2 dari org rmi yg dh pegi sana. Btw tuan punya post mmg bnyak membantu.. keep it up tuan. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..tq atas komen yang positif, moga urusan tuan ke sana nanti dipermudahkanNYA..

      Delete
  15. assalamualaikum, nak tnya masa bila sesuai nak g hatyai? ataupun bila2 ok je..mksdnya drp segi cuaca etc. huhu
    makanan halal senang ke nak cari?
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..cuaca di Hatyai lebih kurang sama macam di Malaysia..generally, sepanjang tahun boleh datang, cuma kalau musim hujan tu, ada kemungkinan banjir sikit2 macam tu je la hehe..makanan halal sana mmg banyak sangat, mmg tak susah nak cari..

      Delete
    2. thank you encik! :) sangat membantu

      Delete
  16. Salam nak tnya klu dari imegresen thai ke msia tu jauh ke nak jalan kaki..n dari imegresen pdg besar tu cne nak naik ets..jauh ke jarak die?sori first time nak pergi..tq info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau naik ets, dia akan turun di stesyen ktm padang besar, imigresen thai sebelah sahaja, tak sampai 100 meter, tu kalau nak naik tren ke hatyai..tapi kalau naik van, banyak je van kat stesyen ktm padang besar tu, tak perlu jalan kaki ke imigresen padang besar..

      Delete
  17. Hi bro. Nak tanya if nail ets ke padang besar leaps tu nak naik vane hatyai macam mana nak chop passport tu dekat mana immigration tu? Dan yang van tu akan stop dekat specific destination atau pun diorang bawa sampai Hotel yang I book ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau naik van, cop di imigresen bukan di stesyen ktm, nnti van akan berhenti di imigresen utk cop passport..van akan tanya tinggal di hotel mana, dan dia akan anta direct ke hotel 😬

      Delete
  18. Did Thai immigration officer ask you financial like 10000 bahts on hand when stamping?

    ReplyDelete
    Replies
    1. if u take train, the immigration at padang besar train station will not ask for anything, but if u take van, the van driver will advise u to put rm3 in ur passport, and i realized that everyone queuing to chop their passport are doing the same haha..

      Delete
    2. I see, did you still saw a auntie offer exchange Bahts in Padang Besar railway station? Thanks Bro.

      Delete
    3. nope, did not see anyone offer to exchange thai baht..u experienced that?

      Delete
    4. OIC, I'm local but seldom take train after ETS launched and it's very inconveniences due to timetable cannot match.

      Driving is faster for us (Locals) to travel bordering, but peak days we tried not driving as parking will be headaches for us.

      Old times, we can exchanges directly before border, inside train/station, after border.
      Now both side Govts make it harder for us to travel by trains.

      Delete
  19. Assalamualaikom.. sekadar bertanya.. Grab ke Samila Beach pergi balik = RM 50 ?? Sbb ada tulis kat atas sana 1 hala rm54. Minta pencerahan sikit tuan. Ujung bulan depan nak ke sana kali pertama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..maaf, sehala :)..dua hala is around RM100+..pernah sekali kami negotiate dengan grab driver utk cover beberapa tempat terus, dan diaorang charge 1500 baht utk samila, municipality park dan khlong hae sebelum hantar ke hotel..mula2 dia nak charge 1800 baht, lepas nego dapat la 1500 baht..

      Delete
    2. Grab Malaysia kami boleh juga pakai di Thailands? Terus pakai PIN drop? sebab I cuba search tapi tak dapat.

      Untuk ya murah sikit, boleh sewa GrabRent, first 4 hours cuma 1300 bahts kemudian 300 bahts per hours.

      Kalau orang banyak, terus BAO van seharian je 2500 bahts.
      http://www.hatyai24van.com/hatyai-24-van/hatyai-van-24hrs/

      Delete
  20. salam,mana lagi bagus stay dekat downtown ke atau dekat klo hong area??? sebab kami pergi by flight..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport - City - Floating Market

      Baik tinggal dekat bandar. Grab dengan Tuku-tuk murah je 50 bahts sampai mana2 dekat.

      Delete
    2. i see...thank you so much..anything,i'll ask again..

      Delete
  21. Thank bro.info yang berguna. Saya akan ke Hat Yai awal bln 11 ni..

    ReplyDelete
  22. Did anyone using U data toaming before, is that daily rm10 only?

    If yes, then i no need register DTAC sim already, since also need 199 bahts...
    Rm20 is cheaper and hassle-free.

    https://www.u.com.my/plans/roaming-idd/udata-roam

    ReplyDelete
  23. nak tanya...the bedroom hotel ad iron x?

    ReplyDelete
  24. Hye sir, nak tanya. kalau dari pdg besar terus ke krabi rase rasenya ada tak grab or bus or van? and then nanti cap passport kat immigration hatyai right?

    ReplyDelete
    Replies
    1. padang besar ke krabi takde, tapi normally akan pergi ke hatyai dulu, then di hatyai akan ada banyak agent2 untuk ke krabi..passport akan di cop masa di sempadan nak masuk ke thailand tu..dari padang besar ke hatyai dalam lebih kurang sejam..dan dari hatyai ke krabi lebih kurang dalam 5 jam perjalanan..

      Delete
  25. Assalamualaikum tn.. sy bercadang ke hatyai naik special train, tapi sebelum ke padang besar naik kereta, soalan;
    1. ada tak parking kereta disediakan di starting stesen keretapi?
    2. macamana prosedur di imegresen malaysia n thai?
    3. berapa harga tiket special train utk dewasa dan kanak-kanak?
    4. berapa jarak stesen keretapi hatyai dgn pusat bandar?

    terima kasih di atas bantuan tn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..maaf lewat balas, baru pulang dari trip Hong Kong..ini jawapan utk soalan-soalan diatas:
      1. ada, di stesyen ktm padang besar
      2. jika menaiki keretapi ke hatyai, imigresen malaysia dan thai terletak di platform 2..selepas pembelian tiket dibuat, akan terus melalui imigresen malaysia dan kemudian thailand..semuanya dalam jarak beberapa meter sahaja
      3. harga sama kanak2 atau dewasa..50baht utk tanpa penghawa dingin dan 70baht utk berpenghawa dingin.
      4. bergantung pada hotel mana anda tinggal, jarak kurang lebih 1km..

      Delete
  26. Tq dgn ilmu yg sangat berguna..sgt jelas Dan terbaik Tak sabar nak ke hatyai niii

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum nak tanya..
    1) sekarang dah xda erk KTM senandung malam yang ada katil tu?? naik ets duduk saja kejung bontot..hahhaa..
    2) selain hatyai kemana lagi boleh pergi area2 berdekatan??
    3) ni trip solo or ada partner??

    thanks... tenag plan nk pergi bulan 12

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..tiada lagi tren senandung malam :)...selain hatyai, boleh ke songkhla spt samila beach..boleh juga terus ke krabi

      Delete
  28. assalamuailaikum...kalau dari stesyen keretapi nak ke area hotel lee garden tu ambik masa berapa lama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..kalau berjalan kaki, kurang dari 20 minit, cuma kalau pertama kali, tak digalakkan takut sesat..better naik tuk tuk dari stesyen keretapi hatyai..

      Delete
    2. Boss bole bagi no tel.. nak call boss la sikit

      Delete
  29. kalau guna border pass cmna? kena cop mcam biasa jugak la?

    ReplyDelete
  30. Salam.. dkt sana ad x sesetngh tmpt blh pkai duit mlysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..ada..ada beberapa kedai especially kedai muslim terima..tapi tak digalakkan sangat sebab nati pulangan dalam thai baht, dan kiraan main cincai je tak mengikut tukaran semasa, ada kemungkinan kita rugi :)

      Delete
    2. Ouhh.. agak2 rm300 ckup x nk shopping. Maaf tnya sbb sy xpndai nk bajet prgi beli brng kt sana..

      Delete
    3. untuk makan semua cukup je tu..harga disana mmg murah2..

      Delete
    4. Mana lgi bagus tukar duit di malaysia atau smpadan thailand?

      Delete
    5. saya cadangkan tukar di malaysia, di sempadan ada yang charge mahal, ada yang ok

      Delete
  31. Hotel book online or walkin je?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy biasa online, tapi walk in ada je biasanya, cuma kalau pegi in group, better online, kalau solo takpe

      Delete
  32. assalammualaikum, good post en hairwan. terima kasih sgt berinformasi. bole bagi pandangan, berapa hari utk habiskan jalan2 hat yai? kalau kami dlm 6 org, rekomen utk sewa van ke ambil tuk2 & grab saje? tks

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam, terima kasih singgah di blog saya..pendapat peribadi saya, hatyai 2 hari sudah cukup, tapi kalau nak santai2, 3 hari pun amat selesa..boleh cover sampai ke samila beach di songkhla..untuk trip 6 orang, saya cadangkan naik tuk2 aje, grab kalau kereta biasa limit 4 orang sahaja..boleh juga approach mana2 tour agen di area2 hatyai untuk consider ambil perkhidmatan diaorang terus, harga pun amat berpatutan..

      Delete
  33. Nak tnya bulan berapa yg syok pergi ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak sukar nak menjawab, sebab cuaca di sana sama macam malaysia, bagi saya, sepanjang tahun sesuai, cuma elakkan masa musim hujan je kot

      Delete
  34. salam, nak tanya..
    saya booking bas dari TBS untuk ke hatyai menggunakan khidmat Bas Srimaju..soalan saya bas tu akan turunkan dimana untuk cop imegresen? dan van tu pula dari mana kita nak dapatkan? van akan include sekali tak dengan tiket bas untuk sampai ke hotel di hatyai. Terima Kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, bas kebiasaannya akan menurukan penumpang di imigresen sahaja, tapi, ada kemungkinan sampai ke pekan hatyai terus, bergantung kepada masa tiba di imigresen padang besar..untuk cop passport tu tak perlu risau kerana bas akan betul2 berhenti di pintu masuk imigresen untuk cop passport di padang besar..selepas cop passport, keluar ikut pintu seterusnya memasuki area thailand..kemudian akan ada banyak pengendali van offer perkhidmatan penghantaran ke hatyai yang mengambil masa dalam 45 minit ke sejam sahaja..kalau nak murah sikit, selepas keluar imigresen, berjalan menghala ke kanan sehingga ke jalan besar, kemudian disebelah kiri ada 7 eleven..banyak van2 disitu juga dan harganya lagi murah..

      Delete
    2. terima kasih atas informasi yang padu! =)

      Delete
    3. sama2, cuma silap sedikit, bukan imigresen padang besar, tapi bukit kayu hitam, imigresen padang besar hanya jika menaiki ets :)..

      Delete
  35. Saya akan ke Hatyai (from KL) dari 3-6 November. So far, semuanya dah plan and booked. Saya akan naik bas (coach) dari Subang Airport (belakang rumah aje)-Hatyai (pergi balik RM140). Dekat Hatyai nanti dah siap booking tour agent utk 4H3M, termasuk hotel di Grand Plaza, van, tour guide etc. dalam RM250 nett termasuk insurance.

    So total dlm RM390, belum masuk belanja makan... since saya bawak anak2, so, saya rasa agak convenient bila semua dah tersedia dkt sana nanti. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat2 murah, RM250 termasuk Grand Plaza Hotel dan tour untuk 4H3M, agak meragukan juga, maaf kalau timbulkan isu ni..sebab setahu saya, Grand Plaza untuk satu malam antara RM120-150..kalau 3 malam sudah lebih dari total harga RM250..tapi apa2 pun, saya harap semuanya dipermudahkan..atau RM250 tu untuk per pax?

      Delete
  36. Salam nk tye..sy pn akan pergi ke hatyai 6/12 Ni dgn mnaiki ets..ok nk sewa Satu van tu mcm mne ye?n balik pn nk sewa van juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai di padang besar boleh deal terus dgn driver van..banyak nanti orang offer naik van..

      Delete
  37. Hi, abang.
    Nak tanya kalau nak balik sari Hatyai ke Padang Besar, saya pun kena go through kastam dan immigration sekali lagi?
    Kat mana ya kastam dgn immigration ?
    Saya first time travel naik train. Harap-harap abang boleh tunjuk ajar sedikit. Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, kalau menaiki keretapi dari padang besar-hatyai-padang besar, imi samada malaysia atau thai semua di dalam stesyen ktm tu aje, mmg mudah..

      Delete
  38. Saya risau sbb da book utk ke hatyai 6-9 dec ni...takot hujan...encik pergi masa dec dlu hujan lebat ke encik n convinient x nk bawak budak kecik di musim hujan utk pergi ke tmpt lawatan di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa saya pergi tahun lepas hujan tapi tak lebat...dan berdasarkan pengalaman, jarang banjir cuma kalau air naik, sampan2 di floating market tak digunakan, diaorang akan meniaga area atas tepi2 sungai..insyaAllah takde apa2

      Delete
  39. Hello! The bedroom single bed boleh tidur utk 2orang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau comel2 boleh je muat hehe..sebab ruang tak besar sangat, untuk tidur sahaja boleh la..

      Delete
  40. Assalamualaikum. Tq atasperkongsian makulumat dan komen-komen. Saya akan ke Hat Yai pada 21-24 Dec ni. Pergi dgn flight dan balik dgn ETS. ETS balik pukul 11.15 pagi , jadi dari Hat Yai saya naik special train tu sempatkan ?sampai di padang besar dan perlu cop passport di KTM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, InsyaAllah sempat kalau naik ETS jam 11.15 pagi..urusan chop passport semua akan dibuat di KTM Padang Besar..

      Delete
    2. ok tq En Hairwan. Di hat yai nanti elok saya booking tourist guide atau bergerak sendiri je nak ke sesuatu tempat tu? Mana lebih ok

      Delete
    3. kalau solo di Hatyai, better bergerak sendiri, untuk kemana mana disana mudah menaiki Grab atau Tuktuk

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand