-->

Hat Yai, Syurga Makanan

Abam berkesempatan untuk ke Hat Yai pada 9-11 Dec 2017. Trip yang boleh abam gelarkan sebagai 'explorasi ke syurga makanan dunia'.
Hat Yai Junction. Stesyen keretapi Hat Yai yg menghubungkan Padang Besar sebelah Thai dan juga Bangkok

***Jangan lupa untuk Subscribe ke Channel Youtube abam di https://www.youtube.com/channel/UCl8h3EE4CjmIWNFxI_9UgKg***

***Panduan bagaimana membawa kereta ke Thailand boleh diperolehi di posting terbaru abam http://www.mytravelcerita.com/2019/03/bagaimana-cara-bawa-masuk-kenderaan-ke.html ***

***Jangan lupa untuk berkunjung ke post terbaru abam mengenai cara-cara untuk menaiki keretapi ke Hat Yai di http://www.mytravelcerita.com/2018/07/bercuti-ke-hat-yai-menaiki-keretapi.html***

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***

Di Mana Hat Yai?
Nama Hat Yai berasal dari perkataan Mahat Yai yang bermaksud Pokok Besar Mahat (spesis Nangka). Terletak di bahagian paling selatan Thailand, di dalam daerah Songkhla dan bersempadan dengan Malaysia. 

Bagaimana ke Hat Yai?
Ada 3 cara mudah ke Hat Yai. Korang boleh naik kapal terbang AirAsia, melalui jalan darat samada memandu sendiri ataupun menaiki perkhidmatan bas ekspres, dan yang paling menarik, menaiki ETS ke Padang Besar dan tukar menaiki keretapi biasa ke Hat Yai. Untuk yang bercadang menaiki bas ataupun ETS, abam syorkan sangat-sangat pembelian tiket dibuat seawal mungkin dari dalam talian menerusi laman sesawang http://www.easybook.com/en-my. Kenapa perlu beli awal? Sebab tiket cepat habis, terutama sekali tiket ETS. 

Kalau korang nak naik bas, perjalanan agak lama dan membosankan sedikit, sebab naik bas korang tak boleh nak gerak-gerak sangat dalam tu, dan lagi satu, bas hanya berhenti di satu hentian je, masa di Bukit Kayu Hitam nanti..jarak perjalanan pun mengambil masa hampir 8 jam lebih..cuma kalau korang dah takde pilihan, terutama sekali bila tiket ETS habis, bas amat berguna..harap maklum, bas kadang-kadang akan bawa korang terus sampai ke Pekan Hat Yai, tapi kebanyakan masanya hanya sampai di Imigresen Thai, dan korang perlu naik van (banyak di area situ nanti) untuk ke hotel yang korang dah tempah di Hat Yai..ada dua bas je abam syorkan, samada Konsortium ataupun Sri Maju Group..yang lain-lain tu korang abaikan, nanti jenuh korang pening dengan arrangement dia, sebab yang lain-lain tu kena tukar naik van dan bas di Pulau Pinang..itu tak termasuk lewat pick up dan lain-lain lagi (abam dah terkena! hahaha)..Harga bas sehala Konsortium adalah RM62 manakala Sri Maju RM60..dan kalau korang di turunkan hanya di Imigresen Thailand, harga sehala menaiki van ke Hotel di Hat Yai adalah lebih kurang THB 200 (RM26). 



Kalau menaiki bas atau kenderaan sendiri, korang kena melalui imigrasi Sadao, Thai untuk mendapatkan pelepasan ke Thailand

Bagi abam, cara yang paling mudah dan selesa adalah menaiki ETS dan tukar menaiki tren biasa ke Hat Yai..Perjalanan menaiki ETS dari KL Sentral ke Padang Besar adalah dalam lingkungan 5 jam 45 minit ke 6 jam. Terdapat 3 jenis perkhidmatan ETS yang disediakan iaitu:

>Platinum - RM102 sehala..kekerapan tren adalah dua kali sehari dari KL Sentral, samadan jam 10.55am ataupaun 6.00pm..dari Padang Besar ke KL Sentral pula, ada 3 masa yang berlainan iaitu 11.15am, 2.20pm dan 5.13pm..ada complimentary snack disediakan, tapi tak kenyang pun, dapat air kotak dan jajan je..tren ini akan berhenti di kurang dari 10 hentian.

>Gold - RM76 sehala dan kekerapan tren dari KL Sentral adalah 3 kali, iaitu pada jam 7.00am, 9.59am dan 11.30pm..dari Padang Besar pulang ke KL Sentral pula ada 2 masa yang berlainan, pada jam 7.47am dan 6.05pm..tiada complimentary snack disediakan, nak makan sila ke kantin di gerabak C..ada lebih dari 20 hentian sebelum sampai ke Padang Besar.

>Silver - *tiada untuk laluan ke Padang Besar*

Tempat duduk ETS menghadap ke dua hala yang berlainan, satu ke selatan dan satu lagi ke utara, jadi bagi sesiap yang cepat mabuk, pemilihan tempat duduk amatlah penting..tempat duduk boleh dipilih semasa pembelian dibuat secara dalam talian..lepastu, disebabkan perjalanan jauh, korang mesti kebuluq nyeee..walaupun naik Platinum, setakat dapat jajan tu mana nak kenyangnye..pegi la beli kat koc C nanti, ada kantin di situ..Untuk set nasi lemak bersama air kopi, harganya RM11 aje..

Harap maklum, bila korang dah tiba di Padang Besar, korang kena naik special train yang akan bertolak ke Hatyai samada pada jam 9.55am waktu Malaysia (8.55am waktu Thailand) ataupun pada jam 3.40pm waktu Malaysia (2.40pm waktu Thailand). Jadi abam sangat syorkan korang naik ETS dari KL Sentral pada jam 7.00am ataupun 11.30pm supaya korang sempat naik tren ke Hat Yai dari Padang Besar nanti..tapi jangan risau, kalau korang terlepas tren atau dapat masa ETS yang kurang sesuai, boleh je ambil van dari Padang Besar untuk ke Hat Yai..di stesyen KTM Padang Besar tu, ETS akan berhenti di Platform 1, kalau korang nak naik tren ke Hat Yai, korang perlu ke Platform 2 untuk pembelian tiket dan pelepasan imigresen sebelum dibenarkan naik tren ke Hat Yai..kalau korang bercadang nak naik van, selepas keluar dari ETS di Platform 1, korang terus naik ke tingkat 1, akan ada ramai agen-agen yang mempromosikan perkhidmatan van mereka untuk ke Hat Yai. 

Untuk pulang pula, korang boleh ambil tren dari Hat Yai ke Padang Besar yang akan bertolak pada jam 8.30am waktu Malaysia (7.30am waktu Thailand) ataupun pada jam 2.05pm waktu Malaysia (1.05pm waktu Thailand)...maksudnya korang kena ambil ETS dari Padang Besar ke KL Sentral untuk masa bertolak pada jam 11.15am (Platinum), 2.20pm (Platinum), 5.13pm (Platinum) ataupun 6.05pm (Gold).

Untuk laluan Padang Besar-Hat Yai dan Hat Yai-Padang Besar, tiada pembelian secara dalam talian disediakan, tapi korang jangan risau, tiket memang sentiasa ada di kaunter..dan untuk pengetahuan bagi yang pertama kali cross border ikut jalan darat, korang akan lalui dua imigresen yang berlainan, satu dari Malaysia dan satu lagi dari Thailand. 


Tinggal di Mana?
Tempat-tempat yang wajib dilawati di Hat Yai agak tidak tertumpu pada satu kawasan. Jarak antara satu sama lain agak jauh, oleh yang demikian, penggunaan tuk tuk amat digalakkan semasa berada disana..tambang untuk menaiki tuk tuk bergantung pada jarak perjalanan dan kebiasaannya diantara THB 20-200 (RM 3-26). Selain dari tuk tuk, penggunaan Grab juga agak meluas di Hat Yai, mudah dan murah..perjalanan dalam Pekan Hat Yai kebiasaannya di antara THB 75-150 (RM 10-19 dan ke luar pekan seperti ke Samila Beach di Songkhla beharga sekitar THB 430 (RM 54)..kalau korang berkongsi 2-3 orang, lagi jimat.

Ok, untuk tempat tinggal, kalau korang nak yang berdekatan dengan stesyen keretapi Hat Yai (Hat Yai Junction), ada 3 hotel yang abam syorkan..The Red Planet Hatyai (RM85), The Train Hotel Hatyai (RM38) ataupun Aloha Hotel (RM95)..kesemua hotel ini boleh diakses hanya dengan berjalan kaki dari stesyen keretapi Hat Yai..kalau korang nak yang berada di tengah-tengah pusat bandar, boleh cuba tinggal di Lee Gardens Plaza Hotel (RM160), Crystal Hotel Hatyai (RM193), The Bed Hotel Hat Yai (RM124), The Bedroom Hatyai (RM45), The Habita Hatyai (RM170), Buri Sriphu Boutique Hotel (RM146), U Hatyai Hotel (RM112) ataupun Siam Center Hotel (RM93).


The Bedroom Hat Yai..abam suka bilik dia sebab unik dan kedudukan hotel ni pun agak central serta mudah utk dapatkan perkhidmatan tuk tuk dan Grab

Tempat Wajib Pergi
Macam abam katakan sebelum ini, nak kemana-mana di Hat Yai ni, korang boleh naik tuk tuk ataupun Grab..murah dan jimat..kebanyakan hotel abam senaraikan kat atas tu ada tuk tuk sedia menunggu di hadapan hotel..kalau dalam kawasan Hat Yai, tempat-tempat wajib pergi adalah Asean Night Market (dibuka selepas jam 2 petang), Khlong Hae Floating Market (dibuka selepas jam 2 petang), Lee Garden Plaza Shopping, Hatyai Municipality Park (ada cable car di sini), Magic Museum, Namtok Ton Nga Chang (air terjun tujuh tingkat), Wat Hat Yai Nai (patung tidur Buddha ketiga terbesar di Thailand) dan Greenway Night Market (dibuka selepas jam 2 petang). Kalau naik tuk tuk ke tempat-tempat ni dari hotel yang abam senaraikan, dalam lebih kurang THB 20-100 (RM 3-13) sehala, nak naik Grab pun boleh..selain dari tu, alang-alang dah sampai Hat Yai, pe kata korang ke Samila Beach di Songkhla..jarak perjalanan didalam 40 kilometer..kalau dari Hat Yai nak ke sini, tuk tuk agak susah nak dapat, paling mudah, ambil Grab je, harga dalam THB 430 sehala (RM54)..kongsi la bertiga ke, murah sikit..bagi abam, rugi kalau tidak berkunjung ke Samila Beach ni sebenarnya..

Malam-malam kat Hat Yai ni, kalau korang bosan-bosan, boleh la layan ayam betul ataupun ayam jadian muahahaha..takde la, ni abam buat lawak je..Cuma kat sini, hati-hati didalam memilih, takut terpilih yang 'tulen banggg' kahkahkah..nak cari jodoh memang berpinau mata kat sini, comel-comel orangnye, bahasa pun halusss je.


Berapa jumlah kos anggaran 3h2m untuk Solo trip?
ETS dari KL Sentral ke Padang Besar pergi balik (Gold) = RM 152
Special Train Padang Besar-Hatyai pergi balik = RM 14
Tuk tuk untuk berjalan sekitar Hat Yai = RM 50
Grab ke Samila Beach pergi balik = RM 50
Cable Car THB 200 = RM 26
Makan dan minum = RM 60
JUMLAH KESELURUHAN = RM 449

Kalau nak jimat, korang pergilah berdua atau lebih, sebab nanti kos tuk tuk, Grab dan hotel boleh dikongsi.

Itu serba sedikit berkaitan dengan trip ke Hatyai..sebelum ni, abam tak pandang sangat Hat Yai ni, sebab minda abam, yang ke Hat Yai ni nak cari anak ayamatau bapok jee kahkahkah..rupanya abam silap, sekarang dah terjebakkk..tapi terus terang cakap, abam tak layan benda-benda tu semua, tolonglahhh percaya..bagi abam, Hat Yai Syurga Makanan, serba serbi sedap, dan unik..tak rugi ke sini..dah pergi sekali, rasa macam tiap-tiap bulan nak ke sini..

***Jangan lupa untuk berkunjung ke post terbaru abam mengenai cara-cara untuk menaiki keretapi ke Hat Yai di http://www.mytravelcerita.com/2018/07/bercuti-ke-hat-yai-menaiki-keretapi.html***

***Untuk panduan parking di TBS dan kebarangkalian korang kena cukai masa masuk semula ke Malaysia, boleh rujuk di posting tebaru abam http://www.mytravelcerita.com/2018/08/tragedi-di-sempadan-malaysia-thailand.html***


Pancake Thai, wajib cuba kalau ke Thailand

Di Hat Yai, air kelapa boleh diperolehi dengan mudah

Asean Night Market..tempat wajib pergi kalau ke Hat Yai..semua jenis makanan ada disini, dan pelbagai barangan seperti baju dan beg boleh didapati dengan murah kat sini

Hat Yai Cable Car..THB 200 utk seorang

Kalau nak cari barang2 branded, boleh pegi Central Festival ni

Hat Yai Municipality Park

Klonghae Floating Market

Geram je tengok seafood ni haha

Songkhla..dalam 30 meter dari Hat Yai

Telur Puyuh..ni mmg terbaekk...

Tuk Tuk di Hat Yai