Cara Mudah ke Great Wall of China (Badaling Great Wall)

Badaling Great Wall adalah antara bahagian yang paling menarik bagi Great Wall dan telah dibina oleh Ming Dynasty...serba sedikit sejarah berkaitan Great Wall boleh korang perolehi di https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Wall_of_China

Hotel/Hostel mana sekalipun korang tinggal kat Beijing tu, cari station subway dan naik Line 2, kemudian turun di JISHUITAN station. Di JISHUITAN station, ambil exit B2. Ikut koridor pejalan kaki sebelah kiri. Ada nampak signboard menunjukkan laluan ke Bus 877 untuk ke Badaling. Tulisan di signboard adalah "PASSENGER FOR BADALING GREAT WALL, PLEASE TAKE THE NO. 877 BUS TO THE NORTH OF JIANLOU". Bas terawal bertolak jam 6pagi dan terakhir bertolak jam 12tgh hari. On the way ke tempat bas, kalau ada sesiapa pun yang offer pakej, sila ignore. Dihujung koridor pejalan kaki tu nanti, korang akan nmpk Deshengmen Tower. Deshengmen Bust Station disebelah tower tu dan Bas NO 877 tu berada disini..



Korang perlu menyeberang jalan dari hujung koridor pejalan kaki tu untuk ke kawasan Deshengmen Bus Station. Nanti di area tempat bas tu akan nampak signboard tertulis "877" dibahagian atas dan "(DESHENGMEN) ---- (BADAINGCHANGCHENG)" dibahagian bawah. Harga tiket sehala naik bas ni 12RMB (RM8). Dapat murah sikit kalau guna subway card. Nanti akan ada ramai yg offer minibus dan bagitau korang Bus 877  dah tak beroperasi, ignore je.. Perjalanan menaiki bas ke Badaling megambil masa sejam. Bila tiba di Badaling, turun dari bas dan jalan menghala ke depan sehingga nampak kaunter "Automatic Guide Service Office" dan "Sliding Car Ticket"..abaikan kaunter2 ni.. Pastikan pergi toilet dulu sebelum gerak, sebab nanti susah nak cari toilet dah. Toilet ada di area2 kaunter tu.

Teruskan berjalan sampai nampak pintu yg diatasnya ada tertulis "Entrance to the Great Wall". Masuk ikut pintu ni, tapi dari situ nanti pintu masuk yg sebenarnya kena jalan kaki sejauh lagi 520m (dalam 10 minit).. Nanti korang akan nampak pintu masuk yg sebenar tertulis "BADALING Great Wall Ticket Office"..Harga tiket untuk peak season (April-October) adalah 40RMB (RM26) dan  untuk off season (Nov-Mar) adalah 35RMB (RM23)..

Selepas masuk, di didinding pertama akan nampak penunjuk arah "South Side" dan "North Side"..abam cadangkan "North Side" sebab perjalanan ikut arah ni akan bawa korang semula ke tempat nak naik bas untuk pulang ke Beijing...dan perjalanan area North ni view die superb..bersedia untuk panjat tangga2 yang curam utk laluan ini..


Pastikan korang keluar di Tower 10..perjalanan nak keluar nanti akan ikut Taman Beruang, ada beruang kat sini..dan akhirnya nanti akan sampai di tempat untuk menaiki bas pulang ke Beijing, bas yg sama waktu datang, No 877..masa terawal bertolak pulang adalah jam 10.30pagi dan yang terakhir pada jam 4.30petang..pastikan tidak ketinggalan bas terakhir, kalau tak, korang tido le kat Great Wall tu hehe...

Comments

  1. tq..sangat bermanfaat info ni =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 bro, moga bermanfaat utk dijadikan panduan 😬

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Apa yang menarik di Phuket?