-->

Cara Mudah ke Great Wall of China (Badaling Great Wall)

Badaling Great Wall adalah antara bahagian yang paling menarik bagi Great Wall dan telah dibina oleh Ming Dynasty...serba sedikit sejarah berkaitan Great Wall boleh korang perolehi di https://en.wikipedia.org/wiki/Great_Wall_of_China

Hotel/Hostel mana sekalipun korang tinggal kat Beijing tu, cari station subway dan naik Line 2, kemudian turun di JISHUITAN station. Di JISHUITAN station, ambil exit B2. Ikut koridor pejalan kaki sebelah kiri. Ada nampak signboard menunjukkan laluan ke Bus 877 untuk ke Badaling. Tulisan di signboard adalah "PASSENGER FOR BADALING GREAT WALL, PLEASE TAKE THE NO. 877 BUS TO THE NORTH OF JIANLOU". Bas terawal bertolak jam 6pagi dan terakhir bertolak jam 12tgh hari. On the way ke tempat bas, kalau ada sesiapa pun yang offer pakej, sila ignore. Dihujung koridor pejalan kaki tu nanti, korang akan nmpk Deshengmen Tower. Deshengmen Bust Station disebelah tower tu dan Bas NO 877 tu berada disini..



Korang perlu menyeberang jalan dari hujung koridor pejalan kaki tu untuk ke kawasan Deshengmen Bus Station. Nanti di area tempat bas tu akan nampak signboard tertulis "877" dibahagian atas dan "(DESHENGMEN) ---- (BADAINGCHANGCHENG)" dibahagian bawah. Harga tiket sehala naik bas ni 12RMB (RM8). Dapat murah sikit kalau guna subway card. Nanti akan ada ramai yg offer minibus dan bagitau korang Bus 877  dah tak beroperasi, ignore je.. Perjalanan menaiki bas ke Badaling megambil masa sejam. Bila tiba di Badaling, turun dari bas dan jalan menghala ke depan sehingga nampak kaunter "Automatic Guide Service Office" dan "Sliding Car Ticket"..abaikan kaunter2 ni.. Pastikan pergi toilet dulu sebelum gerak, sebab nanti susah nak cari toilet dah. Toilet ada di area2 kaunter tu.

Teruskan berjalan sampai nampak pintu yg diatasnya ada tertulis "Entrance to the Great Wall". Masuk ikut pintu ni, tapi dari situ nanti pintu masuk yg sebenarnya kena jalan kaki sejauh lagi 520m (dalam 10 minit).. Nanti korang akan nampak pintu masuk yg sebenar tertulis "BADALING Great Wall Ticket Office"..Harga tiket untuk peak season (April-October) adalah 40RMB (RM26) dan  untuk off season (Nov-Mar) adalah 35RMB (RM23)..

Selepas masuk, di didinding pertama akan nampak penunjuk arah "South Side" dan "North Side"..abam cadangkan "North Side" sebab perjalanan ikut arah ni akan bawa korang semula ke tempat nak naik bas untuk pulang ke Beijing...dan perjalanan area North ni view die superb..bersedia untuk panjat tangga2 yang curam utk laluan ini..


Pastikan korang keluar di Tower 10..perjalanan nak keluar nanti akan ikut Taman Beruang, ada beruang kat sini..dan akhirnya nanti akan sampai di tempat untuk menaiki bas pulang ke Beijing, bas yg sama waktu datang, No 877..masa terawal bertolak pulang adalah jam 10.30pagi dan yang terakhir pada jam 4.30petang..pastikan tidak ketinggalan bas terakhir, kalau tak, korang tido le kat Great Wall tu hehe...

Istanbul- Tips Cara Mudah dan Murah

PERKARA WAJIB TAHU JIKA MAHU KE ISTANBUL
Antara perkara utama yang korang kena ambil tahu adalah Airport mana korang akan mendarat bila tiba di Istanbul nnti..terdapat dua Airport utama yang menghubungkan dunia luar dan Kota Istanbul iaitu Ataturk Airport (IST) dan Sabiha Gokcen (SAW).. kebanyakan kapal terbang dari luar Istanbul akan mendarat di IST, hanya segelintir di SAW..perjalanan abam dari Zurich ke Istanbul menaiki Atlas Global Air, salah satu syarikat penerbangan tempatan Turki.. Agak teruja sewaktu pertama kali jejak ke dalam pesawat Atlas Global Airbus 319..teruja bukan sebab apa, sebab lihat pramugari2 nya yang comey2 kahkahkah..

Lagi satu, bila tiba di Istanbul, abam syorkan utk korang beli Istanbulkart (mcm touch n go) untuk memudahkan korang naik public transport nnti..guna kad ni, harga pun murah sikit..harga kad ni 10TL (RM12) je…bila korang guna kad ni, harga yang korang bayar pun less than 40% DARI HARGA ASAL..contoh kalau harga asal laluan tu 5TL, korang hanya dikenakan bayaran 3TL je kalau guna kad ni..tak ke dah jimattt tu..TAPI satu je, 10TL korang bayar tadi, tak boleh dapat refund yee..kad ni amat sesuai kalau korang actively guna public transport di Istanbul, kalau setakat sekali dua, abam tak syorkan, better beli tiket macam biasa..


NAK TINGGAL DIMANA?
Tinggal dimana?..kalau korang tanya abam, mmg dua tempat je yg abam syorkan, samada area Sultanehmet ataupun Beyazit…sebab dua area ni berhampiran dengan station Tram dan juga mudah utk korang pergi tempat2 menarik di Istanbul macam Blue Mosque, Topkapi Palace, Basilica Cistern ataupun Grand Bazaar..Kalau korang nak tinggal di Sultanehmet, abam syorkan Sunlife Oldcity Hotel, harga semalam pun dalam lingkungan RM100 sahaja..yang paling best, dari Station Tram Sultanehmet hanya dalam 100 meter sahaja ke hotel ni..Ataupun kalau korang decide nak tinggal di Beyazit, abam syorkan Grand Bazaar Hotel..harga semalam hanya RM110 sahaja..hotel ni mmg dekat sangat dengan Grand Bazaar, dah nama hotel tu pun Grand Bazaar hehe..



CARA MUDAH DARI ATATURK AIRPORT KE ISTANBUL
Ok, sekarang benda yg paling mustahak korang kena tau bile travel tanpa “tourist guide”…macam mana nak travel dari airport ke hotel yang korang dah book..panduan yg abam beri ni bagi yang mendarat di Ataturk Airport (IST) dan yang tinggal di hotel berhampiran Sultanehmet ataupun Beyazit.. Jaringan utama perkhidmatan awam di Istanbul terbahagi kepada dua. Yang pertama, Metro..Metro ni macam Komuter di Malaysia, yang menghubungkan piggir Kota dan Kota Istanbul..dan yang kedua, Tram..menjadi perkhidmatan awam utama di tengah2 Kota Istanbul..Bagi yang tak tau ape tu Tram, ni abam nk cerita..Tram tu keretapi elektrik yg berkongsi laluan di atas jalan raya bersama-sama dengan kenderaan lain..biasanya Tram ni kita lihat kat negara2 Eropah je, setahu abam, kat Asean takde Tram ni..dan lagi satu, korang mesti fikir boleh sesuka hati naik dan turun Tram ni kat mana2 kan? Sebab dulu abam berfikiran sebegitu, kahkahkah..Tram ni ada hentian2 khasnya, dan korang kena ada tiket untuk masuk ke area untuk menaiki Tram..

Ada dua cara mudah untuk ke dua area yang abam senaraikan diatas..
LALUAN PERTAMA:- Naik Metro dari Ataturk Havalimani (Havalimani dalam bahasa melayu adalah lapangan terbang) dan turun di Station Zeytinburnu..kalau korang tak tau macam mana nak ke Metro masa kat airport nanti, keluar je dari arrival hall, korang belok kanan dan jalan terus, sampai jumpe escalator, turun ke bawah, dan belok kanan lagi sampai hujung..lepas tu sebelah kiri kat hujung tu korang akan nmpk pintu masuk ke Metro..Dah tiba kat Zeytinburnu Station nnti, korang kena naik Tram T1 untuk samada turun di Station Sultanehmet ataupun Station Beyazit…
LALUAN KEDUA:- Naik Metro dari Ataturk Havalimani dan turun di Station Aksaray, kemudian tukar naik Tram T1 menuju samada ke Station Sultanehmet ataupun Station Beyazit..
Kalau tanya pendapat abam, better laluan kedua, sebab untuk laluan ni, korang akan naik Metro lagi lama compare dengan Tram..Metro bergerak pantas compare dengan Tram, so cepat sikit lah nak sampai ke destinasi hehe..
Abam taknak cerita macam mana nak ke tempat2 menarik area situ, sebab gile ape nak cerita, dah sah2 korang duduk area Sultanehmet atau Beyazit tu, semua benda2 menarik macam Blue Mosque, Aya Sofya, Grand Bazaar dan lain2 tu dekat2 area situ jee…korang explore le sendiri haha..Dan abam tak letak kos keseluruhan kat sini, tapi percayalah, tak sampai pun SERIBU..tak caya sudahhh..kahkahkah
Last sekali, abam nak ingatkan, Istanbul agak terkenal dengan scammer..kalau ke sini, TOLONGLAH JADI SEORANG YANG BERLAGAK kahkahkah..orang tegur, korang buat tak tau jeee…biaq pi la orang nak kata ko sombong ke ape, janji korang selamat..lagi korang friendly, lagi scammer suke…
Itu saja tips dari abam kalau nak ke Istanbul..abam bukan otai atau cuba berlagak pandai, tapi abam cuba share pengetahuan yg abam tau dari pengalaman abam..kalau korang ada tips yg ingin ditambah, abam alu2kan..