Paris- Mudah dan Jimat


Bagaimana ke Paris?

Kebiasaannya, Paris akan menjadi sebahagian dari trip jelajah Eropah, maksudnya, bukan hanya cover Paris, tapi cover negara2 Eropah yang lain juga. Dan tiba di Paris tu samada direct dari Kuala Lumpur (ataupun transit mana2 airport terlebih dahulu kalau naik Etihad, Qatar Airways, Emirates dan sebagainya) ataupun masuk dari negara Eropah yang lain. Macam abam, trip ke Paris adalah dari London…Abam di Paris dari 9-11 Mac 2017..Dari London, abam naik Eurostar menuju ke Paris..Harap maklum, di London, kena naik Eurostar dari station St Pancras International, King Cross dan keretapi ni akan tiba di Paris Gare Du Nord..Untuk maklumat lanjut berkaitan tiket, boleh lawati laman web merekahttps://www.eurostar.com/uk-en/train/france/paris Harga paling murah sehala korang boleh dapat dalam Euro 29 (RM 145). Masa perjalanan naik Eurostar ni dalam 2jam sahaja. Eurostar ni sebenarnya train berkelajuan tinggi, dan kelajuan maksimum pernah direkod adalah 300kph. So korang boleh bayangkan la berapa lajunya train ni haha…kalau nak murah sikit, boleh naik bas dari London ke Paris yang mengambil masa antara 9-10 jam jarak perjalanan.. Bagi yang naik flight dan turun di Airport Charles de Gaulle (CDG), korang kena naik train RER B (pastikan B ok) untuk ke Gare Du Nord..harga sehala Eur 10 (RM 50)…ok, kalau korang perasan, abam dok cakap banyak kali nama Gare Du Nord sebelum ni, apo ko bondo eh tu..Gare Du Nord ni macam TBS la lebih kurang, station utama RER dan Metro kat Paris tu..

Nak tinggal di mana?

Abam kebiasaannya akan pastikan tempat tinggal berhampiran dengan station utama perkhidmatan awam, macam kes Paris ni, abam cari yang walking distance dari Gare du Nord..lepas buat beberapa perbandingan, rate dan sebagainya, abam decided untuk stay kat Hotel Libertel Gare du Nord Suede, 5 minit jalan kaki je dari Gare du Nord..mmg dekat sangat…dan yang paling bagus, ada kedai makanan halal dekat hotel…untuk 3hari2malam, abam bayar RM 585 sahaja..agak murah jika dibandingkan dengan harga hotel2 yang lain..bilik pun memang amat selesa gileee hehe..dan depan hotel tu ada hentian bas..untuk pengetahuan korang, kat Paris ni bas bukan berhenti sesuka hati kat mana korang nak berhenti..setiap hentian bas, ada nombor2 bas yang berhenti disitu..

Macam mana nak ke tempat2 menarik di Paris?

Ok, untuk bahagian ni, abam tumpukan ke 3 tempat utama utk dilawati…Arc de Triomphe, Eiffel Tower dan Musee du Louvre..dari hotel, tunggu bas nombor 30 kat hentian bas depan hotel tu, bayar Eur 1.90 (RM 9.50) untuk samada ke Arc de Triomphe ataupun Eiffel Tower..satu jalan yang sama je untuk ke dua2 tempat ni, tapi korang akan jumpe Arc de Triomphe dulu sebelum Eiffel Tower..untuk ke Arc de Triomphe tu, korang kena turun kat hentian Etoile…jgn risau kalau tak tau kat mana, sebab nnti dari jauh korang dah nmpk, so bile bas berhenti situ, korang turun je la hehe…untuk ke Eiffel Tower pula, naik semula bas yang sama, dan berhenti di hentian bas terakhir, nama hentian tu Trocadero..yg ini pun korang jgn risau, sbb nnti sampai hentian bas ni, korang mmg kena halau turun, sebab hentian akhir kahkahkah..dari Trocadero ni, korang akan nampak bulatan, lintas bulatan tu, dan kemudian akan nampak tangga, naik tangga tu, dan wow! Dari jauh korang akan nmpk Eiffel Tower..masa mula2 abam nampak tu, perasaan teruja jgn cakap lah, memang terkesima sebentar..nak balik ke hotel nanti, ceritanya pun sama la..
Untuk ke Musee du Louvre pula, korang boleh ambil Metro (mcm LRT atau MRT kita tu, tapi Metro diaorang ni buruk gile, bergegau gegau macam nak runtuh haha)..Station Metro terdekat dari hotel adalah Poissonniere..dari station ni, korang kena ambil line 7 menuju ke Ivry atau Villejuif..turun di station Palais Royal- Musee du Louvre, station yang ke 6 dari Poissonniere..harga tiket pun Eur 1.90 (RM 9.50)

Berapa total kos abam untuk 3h2m di Paris masuk dari Kota London?
Ha, bawah ni abam senaraikan,

Eurostar – Eur 29 (RM 145)
Hotel – Eur 117 (RM 585)
Bus nombor 30 – Eur 1.90 x 2 (RM 19.00)
Metro – Eur 1.90 x 2 (RM 19.00)
RER B ke CDG dari Gare du Nord – Eur 10 (RM 50)
Makan, minum dan cenderamata – Eur 30 (RM 150)

TOTAL – Eur 193.60 (RM 968)

Masa nak balik, abam naik RER B (kos ada abam letak diatas) dari Gare du Nord ke CDG Airport..perjalanan diteruskan ke Zurich, Switzerland menaiki Air France…harap2 catatan ringkas abam ni dapat membantu korang semua dalam merangka itinerary ke Paris..bagi abam, perkara terpenting yang kena buat sebelum ke sesuatu tempat adalah “study the route and know what to expect”..juga, ambil tau serba sedikit berkaitan dengan teknik2 scam kat tempat kita nak pegi, sebab most of the tourist place in the world, ada modus operandi yang berlainan oleh scammer2 kat situ..just be careful and stay calm..

































Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand