Mudah dan Jimat di Kota London

Macam mana nak travel dari London Heathrow Airport ke Kota London?
Sebelum tu, korang kena tau mana nak stay dulu..bagi abam, strongly suggest stay kat Hyde Park..nnti abam senaraikan nama2 hotel DAN hostel kat sini dan macam mana nak ke hotel2 tu dari Paddington Station..
So macam mana nak travel dari London Heathrow Airport ke Paddington? Ha, bawah ni abam senaraikan option2 yang ada:
1. Tube (Mcm LRT, MRT tu)- Kalau naik Tube, kos dari Heathrow ke Paddington dalam Pound Sterling 4 (RM22.29). Jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Dan dari Heathrow, kena naik Piccadilly Line untuk turun di Earl’s Court, kemudian tukar naik District Line untuk ke Paddington. Agak leceh sikit laa.
2. Naik Heathrow Connect (Mcm ERL Transit), which is bagi abam, hassle free dan agak jimat..tambang sehala dari Heathrow ke Paddington Station, Pound Sterling 10.30 (RM58). Train ni akan berhenti kat station Hayes&Harlington, Southall, Hanwell, West Earling, Ealing Broadway dan station terakhir adalah Paddington. Tak perlu turun mana2 station, tunggu je sampai Paddington dan jarak perjalanan pun amat singkat, dalam 25 minit sahaja..Korang boleh book tiket online di website mereka https://www.heathrowconnect.com/tickets
3. Atau, option ke 3, paling cepat tapi agak mahal (ADA CARA MACAM MANA NAK DPT MURAH SEBENARNYA!), naik Heathrow Express (Mcm ERL Express)…dari Heathrow, train ni akan direct ke Paddington, tak berhenti mana2 station, jarak perjalanan dalam 15 minit SAHAJA! yang bagus nye, Heathrow Express ni ada promo kalau korang beli ONLINE in advance..bagi tarikh perjalanan sebelum 90 hari, fare serendah Pound Sterling 5.50 SAHAJA! (RM31), untuk tarikh perjalanan sebelum 30-89 hari, harga sehala semurah Pound Sterling 8.80 (RM50), antara 14-29 hari, harga semurah Pound Sterling 12.10 (RM68) dan kalau korang beli lagi 14 hari sebelum tarikh perjalanan, harga biasa serendah Pound Sterling 22 (RM123).. Maklumat lanjut dan untuk pembelian tiket, korang boleh lawati laman web mereka https://www.heathrowexpress.com/tickets-deals/prices-fares
JADI, sebenarnya korang boleh je naik Heathrow Express dan BAYAR HARGA LAGI MURAH DARI TUBE kalau korang pandai merancang masa..Pound Sterling 5.50 (RM31) je baiii, lagi murah tu dari Tube…
Jgn lupe beli Oyster Card (mcm TnG tu) untuk memudahkan korang jalan2 dalam kota London..card ni free, tapi korang kena bayar deposit Pound Sterling 5 (RM28), boleh dapat balik bile korang pulangkan kad tu..dan jgn lupe topup sebelum guna..beza korang guna card ni dengan bayar cash hampir DOUBLE ok..contoh, untuk zone 1, korang hanya bayar Pound Sterling 2.40 sehala (RM14) dengan card ni, tapi kalau cash, korang kena bayar Pound Sterling 4.90 (RM28)..TAK KE DAH DOUBLE TU..hehe..yang bagusnye guna card ni, korang hanya bayar 3 perjalanan sehari je, selebihnya bila korang guna dalam hari yang sama, dah tak kena tolak apa2..contohnya, perjalanan pertama korang dah guna Pound Sterling 2.40, kedua pun sama, dan ketiga pun sama…untuk trip yang ke empat dan seterusnya, dia tak tolak apa2 lagi dari kad korang tu untuk hari yang sama tu..jimat gile wehh haha..Oyster Card ni korang boleh beli in advance, suruh dia pos ke rumah, tapi posting charge mahal la, ataupun beli masa di airport nanti..tapi Heathrow Express atau Connect tak bleh guna card ni..

Dimana nak tinggal?
Macam abam cakap tadi, stay di area Hyde Park..Paddington Station nak ke Hyde Park ni walking distance je, dan ada beberapa kedai makanan halal area ni..kalau korang bawa beg tarik tu, mmg mudah gile nak ke hotel..Abam suggest korang tinggal di The Springfield Hotel..5-10 minit je dari station..korang keluar je dari train, jalan menghala ke depan (arah pintu keluar, memang ada satu jalan je)..sampai di luar station, korang lintas jalan, akan nampak beberapa kedai cenderamata.. terus je sampai ada nampak taman kecil sebelah kiri korang, terus sikit lagi, nnti hotel tu sebelah kiri korang..Harga semalam kat sini pun dalam RM178 sahaja, rate yang murah utk hotel di London..kalau nak murah lagi, boleh stay hostel mcm The Green Man Paddington (RM65), Gallery Hyde Park (RM67), Smart Hyde Park Inn Hostel (RM73), Smart Hyde Park View Hostel (RM81), The Phoenix Hostel (RM95) ATAUPUN Astor Queensway Hostel (RM98)

Tempat2 yang patut korang lawati, dan bagaimana ke sana?
Ni antara tempat wajib yang korang kena pegi kalau ke London..bagi abam, x lengkap lawatan ke London tanpa ke tempat2 ni..
Yang pertama, Buckingham Palace dan kawasan sekitar nye..senang je nak kesini..dari Paddington, ambil Tube Circle Line, dan turun di St James’S Park Station..korang akan lalui 8 station sebelum sampai (Bayswater>Notting Hill Gate>High Street Kensington>Gloucester Road>South Kensington>Sloane Square>Victoria>James’S Park)…selepas melawat Buckingham Palace, korang boleh je jalan kaki area sekitar utk ke Green Park dan Trafalgar Square..
Big Ben pun tempat wajib korang kena pergi..apa tu Big Ben? Menara Jam ketiga tertinggi didunia, dan Big Ben ni terletak di House of Parliament, area Westminster..macam mana nak kesini? Dari Station James’s Park tadi korang boleh naik semula Circle Line tu dan turun di Westminster..satu station je dari Station James’s Park..atau kalau korang dari hotel, naik Circle Lines dan turun di station Westminster (Bayswater>Notting Hill Gate>High Street Kensington>Gloucester Road>South Kensington>Sloane Square>Victoria>James’S Park>Westminster)..di Station Wesminster ni, korang naik smpai atas, naik tangga sikit, dannnnn jenggg, korang akan nampak Big Ben tu depan mata korang..jalan ke sebelah kiri korang untuk pegi Westminster Bridge..dari jambatan ni korang akan nampak London Eye seberang sungai..boleh lepak2 area tepi sungai ni sambil lihat view2 yang mengancam…abam tak tipu, len macam bes nye lepak sini…
London Tower..ha, kalau korang tak kesini, mmg x Londonnn lah hehe..macam mana nak kesini? Dari Paddington, korang ambil Circle Line jugak..cuma hala yang berlaianan dari sebelum ni..11 station untuk sampai ke sini..korang turun di Tower Hill Station, dalam 25 minit jarak perjalanan (Edgeware Road>Baker Street>Great Portland Street>Euston Square>Kings Cross St Pancras>Farringdon>Barbican>Moorgate>Liverpool Street>Aldgate>Tower Hill)...

Berapa kos abam di London?

The Springfield Hotel (3h2m) > RM356
Heathrow Express > RM80 (abam cuma sempat grab 30 days in advance punya fare😥)
Oyster Card + Pound Sterling 20 topup > RM140
Makan/minum + Cenderamata > RM280
TOTAL >> RM856

Murah tak? Sape kata pegi London kena spend ribu ribuan hahaha…ni kalau flight pegi balik korang dapat bawah RM2K (banyak gak promo return flight ke London bawah RM2K), total kos korang “all in” tak sampai pun RM3K!!!

Bagi abam, perancangan tu penting..orang yang gagal merancang ni ibaratnya seperti sedang merancang untuk gagal..






























Comments

Popular posts from this blog

Hat Yai, Syurga Makanan

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Apa yang menarik di Phuket?