Free & Easy at Cameron Highlands


Bagaimana ke Cameron Highlands dengan menaiki bas? 
Mudah je sebenarnya, dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), boleh ambil samada bas CS Travel ataupun Unititi Express. Harga sehala Rm35 sahaja. Untuk memudahkan urusan, abam syorkan utk beli online sahaja dihttp://www.easybook.com/en-my 


Setkan carian dari Terminal Bersepadu Selatan ke Cameron Highlands. Perjalanan mengambil masa hampir 5 jam jugak le, dan bas akan berhenti di Terminal Bas Tanah Rata, Cameron..alang2 dah berhenti kat sini, better le korang stay area sini je..antara hotel yg berhampiran dgn Terminal Bas ni adalah Century Pines Resort, Camellia Budget Inn dan Zermatt Hotel..jalan kaki je dah sampai..lagi satu, area Tanah Rata ni bersepah kedai makan dan cenderamata...so korang x perlu risau soal makan tu..pasal aktvt pulak, consult je kaunter cek in hotel utk maklumat lanjut..mmg diaorang ada sediakan pakej2 lawatan, harga serendah rm50-200..korang boleh diskus tempat mana korang nak lawat..Bawah ni abam senaraikan harga2 utk masuk ke tempat2 menarik dan wajib pergi di Cameron Highlands:

1. Cameron Lavender- Rm8
2. Taman Agron Mardi (Isnin tutup)- Rm5
3. Teh Boh Bharat- FREE
4. Teh Boh Sg Palas (Isnin tutup)- FREE
5. Big Red Strawberry Farm- FREE
6. Taman Kaktus- Rm4
7. Taman Rama Rama- Rm8
8. Pasar Kea Farm- FREE
9. Ladang Lebah- FREE
10. Fragrancy Nursary- FREE
11. Muzium Time Tunnel- Rm6
12. Rose Valley- Rm4
13. 5D Art Museum- Rm25

Kalau korang nak merasa sejuk ala2 mcm kat Europe tu, boleh la berkunjung ke Cameron Highlands..
Selamat mengembara..

















Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand