Boracay Island- Solo Trip

Bagaimana untuk travel Solo ke Boracay
Boracay, sebuah pulau peranginan yang popular di Filipina. Pernah dianugerahkan sebagai salah sebuah pulau terbaik di dunia pada tahun 2012, 2014 dan 2016. Perkataan Boracay bermaksud Bora (buih2) dan Bocay (putih) dalam bahasa Filipina..Ok, tu serba sedikit berkaitan Boracay..

23-26 SEPTEMBER 2017
Bagaimana untuk ke Boracay?

Ada beberapa cara sebenarnya..yang paling mudah, menaiki AirAsia flight dari KLIA2 ke Kalibo Airport, kemudian naik bas ataupun van dari Kalibo Airport ke Caticlan Jetty. Dari Caticlan Jetty, boleh ambil speed boat ke Pulau Boracay.. KLIA2 ke Kalibo mengambil masa hampir 4 jam, manakala Kalibo Airport ke Caticlan Jetty pula dalam 2 jam perjalanan. Speed boat ke Pulau Boracay hanya mengambil masa 15 minit sahaja..Kalibo Airport size nye mmg amat kecil, dan ruangan imigresen juga agak sempit..jadi, pastikan segala borang arrival dan custom telah di isi sewaktu di dalam kapal terbang, untuk memudahkan urusan imigresen..kalau tak, mmg tersadai la di ruangan sempit imigresen Kalibo tu…sambil berdiri, sambil isi borang, kahkahkah..keluar je dari arrival hall, belok kanan dan akan nampak perkhidmatan bas Southwest...boleh pilih option “door to door” termasuk terminal dan environmental fee..total PHP 761.25 sahaja (dalam RM 63.29)..so ko takyah pening2 nak beli tiket bas, speed boat, transfer ke hotel dan bayar environmental fee serta terminal tu semua asing2..semua ko dah beli masa kat airport...kalau korang nak booking sebelum sampai, boleh lawati laman web mereka di https://southwesttoursboracay.com/

Tinggal di mana?
Secara amnya, Boracay ni terbahagi kepada Station 1, Station 2, Station 3..dan juga area Diniwid dan Bulabog..tapi abam syorkan korang tinggal di area Station 2 atau 1..Station 2 paling happening..semua benda tertumpu area tu..Station 1 agak lengang, tapi mendamaikan..kalau korang nak sepi2 sama gegadis, boleh la stay kat area 1 tu..kahkahkah..Station 3 pun agak ketepi, tapi jadi tumpuan hostel2 dan hotel2 yang agak murah kat sini..sebenarnya, korang bleh je jalan sepanjang Station 1, 2 dan 3 tu..sebab dekat je, tak lenguh pun kaki..depan semua station ni la yang dipanggil White Beach, pantai yang bersih dan sarat dengan aktiviti..

Makanan macam mana?
Ok, ni terus terang cakap..nak cari makanan halal tu susah..kat sana pun korang akan tengok benda2 tak ‘halal’ banyak kahkahkah..nak kurangkan zina mata, pakai speak hitam tebal2..tapi secara jujurnya, memang agak susah nak jumpe kedai makanan halal..abam syorkan korang bawa meggi, roti, brahim, sardin dan seangkatan dengannya secukupnya..melainkan korang nak melantak makan seafood hari2 la..tapi abam tengok, rate seafood kat sini agak mahal..

Apa aktiviti yang boleh dibuat?
Sepanjang area Station 2 tu, banyak gile orang jual pakej..jadi, korang kena pandai bargain la..Untuk island hoping, rate seorang antara PHP 1000 – PHP 1500 (RM85 – RM125)…Biasanya island hoping ni cover Puka Beach, Coral Garden, snorkeling di Crocodile Island, Crystal Cove dan Cliff Jumping di Magic Island. Pastikan korang bawa cash sebab nanti di Crystal Cove, nak kena bayar PHP200 seorang (RM17).

Selain daripada tu, antara aktiviti yang wajib korang cuba adalah Zipline dan Cable Car..memang terbaik dua aktiviti ni..abam tak tipu...Cuma kalau korang takut pada ketinggian, abam tak syorkan sangat, takut jadi pape nanti, susahhh..

Aktiviti paling santai dan best yang korang patut buat kat sini adalah melihat sunset..sumpah abam cakap, sunset di Boracay ni agak lain macamm sikit..buat abam terkesima..ibarat melihat bidadari lalu di depan mata..memang serius lawa..abam berkesempatan naik Paraw Sailing sambil menanti sunset, mmg suatu pengalaman yang tak mungkin dapat abam lupekan..rate untuk naik Paraw Sailing dalam PHP350 je (RM30)..kalau korang tak tau ape tu Paraw Sailing, boleh tengok kat gambar abam tu nanti..

Bagi abam, tak rugi ke Boracay ni..asalnya, memang takde dalam wishlist abam, beli tiket pun sebab promo..abam jangkakan pengalaman yang bakal dilalui mesti serupa macam di Phuket, Bali, Tioman dan lain2 pulau, tapi abam silap…Boracay bagaikan syurga buatan manusia..keindahahan alam yang tak mampu diucap dengan kata2..kalau Boracay seindah ini, abam tak dapat bayangkan betapa indahnya di Syurga nanti…
























Comments

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand