Switzerland tanpa travel pass- Luzern & Mt Titlis

13, 14 & 15 March 2017, perjalanan SOLO abam ke Luzern dan Mt Titlis di Switzerland
Tasik Luzern
Tasik Luzern
Trip yang telah beberapa bulan berlaku...sengaja abam post berkenaan dengan cerita abam berkelana di bumi seindah lukisan ni pada 1 Ogos 2017...kenapa? kerana 1 Ogos adalah hari kemerdekaan Switzerland. Jika berkesempatan, boleh baca dengan lebih lanjut di en.wikipedia.org/wiki/Swiss_National_Day

Sebenarnya, trip ke Switzerland bukanlah trip "stand alone", tapi adalah sebahagian dari trip jelajah Eropah abam..bermula dari 9 March 2017 sehinggalah 17 March 2017..tapi hanya 3 hari di Switzerland (13-15 March), makanya, tempat2 yang berjaya di terokai juga adalah amat2 limited..Setelah diperhalusi dari segi kos dan kekangan masa, abam decided untuk meneroka di Luzern dan Mt Titlis. Untuk pengetahuan, abam tak ambil apa2 travel pass untuk trip ke Switzerland, WALAUPUN ramai yang mengesyorkan untuk mengambilnya..sebelum bercerita lanjut, dibawah ni abam senaraikan kos2 lepas yang berlaku untuk memudahkan penerangan diberi kenapa keputusan dibuat untuk tidak mengambil travel pass. 

2 ways train ticket Zurich Airport to Engelberg via Lucern – RM390.54
Mt Titlis cable car return – RM288.47

Hotel Central Engelberg, 3 hari 2 malam – RM712.20

Airfrance Paris to Zurich – RM257.02

AtlasGlobal Air from Zurich to Istanbul – RM362.72

Makan, minum & souvenier – RM310.66



Dibawah ini pula abam senaraikan harga2 travel pass mengikut hari dan kelas. Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman web rasmi mereka, www.swiss-pass.ch/swiss-pass/


Prices


1st class3 days4 days8 days15 days
AdultsCHF 344.00CHF 412.00CHF 596.00CHF 722.00
Youth 16 - <26CHF 293.00CHF 351.00CHF 509.00CHF 617.00
Children 6 - <16CHF 172.00CHF 206.00CHF 298.00CHF 361.00
2nd class3 days4 days8 days15 days
AdultsCHF 216.00CHF 259.00CHF 376.00CHF 458.00
Youth 16 - <26CHF 185.00CHF 221.00CHF 322.00CHF 393.00
children 6 - <16CHF 108.00CHF 129.50CHF 188.00CHF 229.00

Ok, untuk memudahkan perbandingan dibuat, kita ambil yang 3 hari, memandangkan trip abam ke Switzerland pun adalah 3 hari. Mengikut kadar tukaran semasa (pada masa post ini di karang, 1 Swiss Franc = 4.44 Ringgit Malaysia), oleh yang demikian, harga travel pass untuk kelas ke dua adalah bersamaan dengan Ringgit Malaysia 959.04 (216x4.44). Dan untuk pengetahuan, travel pass merangkumi perkhidmatan keretapi, bas dan bot serta membolehkan anda mendapat 50% pengurangan untuk harga keretapi gunung dan kereta kabel. TAPI, memandangkan abam bercadang untuk "layan" Luzern dan Mt Titlis sahaja, keputusan dibuat untuk tidak membeli mana2 travel pass. Kalau boleh rujuk semula kos lepas abam di atas, untuk keretapi dan kereta kabel ke puncak Mt Titlis, abam hanya membelanjakan RM 697.01 SAHAJA!! 

Kalau dengan travel pass, untuk pass sahaja sudah RM 959.04, dan ini tidak lagi termasuk harga kereta kabel ke puncak Mt Titlis...kalau sudah termasuk semua, dalam RM 1200-1300 juga la yang hangus, tak ke dah jimat dalam RM 600 disitu! Jadi renung2kan lah dan pusing timbal sebaik mungkin sebelum membuat keputusan..semuanya bergantung kepada aktiviti apa dan kawasan mana yang anda ingin lawati.

Perjalanan dari Zurich Airport ke Engelberg (harap maklum yang Engelberg adalah pekan di kaki Mt Titlis, makanya untuk ke Mt Titlis, anda perlu turun di Stesyen Engelberg) akan melalui Luzern. Di Luzern, anda perlu turun dari keretapi dan bertukar ke platform yang lain untuk meneruskan perjalanan ke Engelberg. Tiket yang dibeli di Zurich Airport untuk ke Engelberg perlu disimpan baik2, kerana itu la satu2nya tiket yang anda perlu tunjukkan pada konduktor keretapi semasa perjalanan dari Zurich Airport ke Engelberg dan pulang nanti. Tiket yang dibeli sah untuk tempoh 10 hari!! Jadinya, semasa turun di Luzern untuk pertukaran platform, anda boleh BILA2 MASA SAHAJA naik keretapi seterusnya ke Engelberg, cuma pastikan masa bertolak agar tidak terlepas keretapi yang terakhir..

Di Stesyen Keretapi Zurich Airport. Yg depan cermin mata abam tu la tiket pergi balik dari Zurcih Airport ke Engelberg (pekan di kaki Mt Titlis)

Stesyen Keretapi Engelberg..view mmg lah superb yang teramat sangat

Dalam keretapi, tingkat atas

Memang terbaik keretapi di Swiss ni

Semasa pertukaran platform di Stesyen Luzern, abam ambil kesempatan menjelajah Pekan Luzern. Apa yang menarik di Luzern? Antaranya boleh anda lihat di www.tripadvisor.com.my/Attractions-g188064-Activities-Lucerne. Disebabkan abam sudah tempah hotel di Engelberg, tidak banyak aktiviti yang dapat dilakukan di Luzern. Tapi abam berjaya ke Chapel Bridge

Chapel Bridge di Luzern

Swan berenang di area Chapel Bridge

Abam dengan view Chapel Bridge di belakang
Bagi abam, perjalanan yang paling best adalah semasa menaiki keretapi dari Luzern ke Engelberg. Tak tergambar dengan kata2 pemandangan indah yang disajikan sepanjang perjalanan, betul lah kata2 pengembara selama ini yang Switzerland adalah bumi seindah lukisan. 

Di Engelberg, abam tinggal di Hotel Central, yang kedudukannya betul2 berhadapan dengan stesyen keretapi Engelberg. Abam bernasib baik kerana bilik di upgrade ke Deluxe dengan balkoni yang menghadap Mt Titlis. Pemandangan? Memang terkesima saat melihat pemandangan dari balkoni di bilik, amat2 teruja..Hari pertama di Engelberg, abam tidak lagi ke puncak Mt Titlis, dan hanya ronda2 di pekan kecil Engelberg. Pekan kecil ni sudah cukup indah dan mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa ralat untuk pulang nanti. Untuk aktiviti lengkap yang boleh dilakukan di Engelberg, abam syorkan untuk melayari www.tripadvisor.com.my/Attractions-g188063-Activities-Engelberg_Canton_of_Obwalden

View dari balkoni Hotel Central

Suasana dalam bilik Hotel Central

Kemudahan dalam bilik memang amat selesa

Access card to room. My room number 302

Hari kedua di Engelberg..awal2 pagi abam sudah siap2 untuk ke kereta kabel..perasaan teruja yang teramat sangat..jarak dari hotel ke stesyen kereta kabel tidak lah jauh, dan keputusan diambil untuk hanya berjalan kaki, walaupun disediakan bas dari stesyen keretapi Engelberg ke stesyen bawah kereta kabel..cuaca yang sejuk tidak menghalang abam berjalan kaki dengan diselubungi 3 lapisan baju didalam dan kot diluar..

Tiket untuk ke Puncak Mt Titlis CHF 65 sahaja untuk winter season.
TIPS: untuk murah, pergi la waktu winter tapi hujung2 macam bulan 3 supaya takde la sejuk ekstrem sangat, dan dalam masa yang sama masih lagi enjoy harga ke puncak Mt Titlis yang murah

Pintu masuk ke kereta kabel stesyen bawah

Tiket 2 hala menaiki kereta kabel ke puncak Mt Titlis adalah Swiss Franc 65 (harga musim sejuk) dan pada musim lain, harganya agak mahal. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket kereta kabel, bolehlah layari laman web rasmi mereka di www.titlis.ch/en/tickets/cable-car-ride

Dari stesyen bawah, kereta kabel akan melalui stesyen Trubsee dan berhenti di stesyen Stand untuk bertukar ke "Rotation Cable Car" menuju ke Puncak Titlis. Mengikut fakta, "Rotation Cable Car" di Mt Titlis adalah yang pertama seumpamanya di dunia. Kalau ada yang keliru, "Rotation Cable Car" ini adalah kereta kabel yang berpusing 360 darjah sewaktu perjalanan dari Stesyen Stand ke Puncak Titlis..memang amat menarik kerana kita boleh lihat pemandangan dari sudut 360 darjah.. Anda sebenarnya boleh berhenti di mana2 stesyen perantara yang abam senaraikan diatas sebelum menuju ke puncak. 

Di Stesyen Stand, kalau abam pandai main benda ni, lama dah abam meluncur haha

Stesyen Trubsee
Di Stesyen Puncak Titlis, abam sempat layan latte sambil disaksikan pemandangan yang indah
Best gila kan? kalaulah abam tau main ski ni haha
Pemandangan dari atas puncak Titlis, memang tak mampu nak diceritakan dalam ni, teramatlah menarik dan meruntun jiwa hehe. Hampir seharian juga abam berada di atas sebelum turun semula ke bawah, itupun selepas abam merasakan jari jemari dah macam nak kena "frost bite" dek kesejukan yang teramat sangat. 

Puncak Gunung Titlis

Abam jalan kaki je dari hotel ke stesyen bawah kereta kabel menuju ke Mt Titlis. Sepanjang perjalanan, mata disajikan dengan pemandangan yang amat indah. 

Bergambar bersama sama 'surfer'

Abam rasa diaorang pun pelik tengok muke abam kahkahkah

View dari dalam kereta kabel menuju ke stesyen Stand

Keesokan harinya abam meneruskan perjalanan ke Zurich Airport untuk menaiki kapal terbang ke Istanbul, Turki...Hingga kita ketemu di cerita travel abam yang akan datang ya..

Sekecil manapun hati kita, kalau dititipkan dengan sedikit usaha, tawakal dan percaya pada kebolehan diri, benda yang besar dan sukar pasti terasa mudah..nasihat abam, kehidupan kita adalah cerita kita, tak mungkin kan sama dengan cerita orang lain..sementara nyawa masih ada, manfaatkan ianya dengan sebaik mungkin..adios amigos...



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Bercuti ke Hat Yai Menaiki Keretapi

Hat Yai, Syurga Makanan

Apa yang menarik di Phuket?

10+1 Tips Untuk Mengelakkan Dari Gagal Memasuki Korea Selatan

Tragedi di Sempadan Malaysia-Thailand