Posts

Apa yang menarik di Phuket?

Image
Tahukah korang?
>Phuket adalah pulau terbesar di Thailand >Phuket dihubungkan dengan Krabi menerusi Jambatan Sarasin >Phuket mendapat nama dari perkataan Melayu iaitu Bukit (sebutannya seakan akan sama) >Nama asal Phuket adalah Thalang, yang berasal dari perkataan melayu lama iaitu telong (tanjung) >Pada 26 Dec 2004, Phuket dilanda Tsunami dan telah mengorbankan lebih dari 5 ribu orang yang antara lainnya adalah pelancong asing

Bagaimana ke Phuket?

Menaiki Kapal Terbang

Terdapat beberapa cara untuk ke Phuket. Yang paling mudah adalah menaiki kapal terbang. Untuk yang tinggal di Kuala Lumpur, korang bolehlah menaiki penerbangan tambang murah AirAsia dari KLIA2, ataupun menaiki MAS dan Malindo Air dari KLIA. Penerbangan korang akan mendarat di Phuket International Airport dan untuk ke Pekan Phuket ataupun Patong, korang perlu menaiki van ataupun bas yang akan mengambil masa jarak perjalanan diantara 1-2 jam (bergantung kepada kesesakan lalu lintas dan berapa banyak stop poi…

Kembara Solo ke Tehran, Iran

Image
Pada 5-9 April 2018, abam berkesempatan mengembara solo ke beberapa kawasan di dalam Tehran, Iran. Sebagai rujukan, terdapat 20 daerah besar di dalam Iran. Selain dari Tehran (ibu kota Iran), terdapat juga Mashhad, Isfahan, Karaj, Shiraz, Tabriz, Qom, Ahwaz, Kermanshah, Urmia, Rahst, Zahedan, Hamadan, Kerman, Yazd, Ardabil, Bandar Abbas, Arak, Eslamshahr dan Zanjan. Disebabkan trip kali ini hanyalah selama 5 hari 4 malam, jadi abam mengambil keputusan untuk hanya berkeliaran di dalam sekitar Tehran sahaja. Perjalanan abam ke Tehran menaiki AirAsia X dengan nombor penerbangan D7 776, dan perjalanan pulang dengan nombor penerbangan D7 777. Untuk pengetahuan korang, AirAsia X akan menamatkan laluan penerbangan ke Tehran dan penerbangan terakhir adalah pada 20 April 2018 untuk KUL-IKA dan pada 23 April 2018 untuk IKA-KUL. 
Persediaan sebelum ke Tehran Berikut abam senaraikan beberapa persediaan awal yang perlu korang buat sebelum berlepas ke bumi Iran: > Tiket penerbangan pergi balik - …

WAJIB baca sebelum ke Beijing

Image
Perkara paling utama!! Pastikan Visa untuk ke China telah diluluskan. Klik disini untuk panduan bagaimana memohon Visa ke China. 
Perjalanan ke Beijing menaiki AirAsia X akan mendarat di terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing. Dari Terminal 2, keluar je arrival hall, belok ke kanan, jalan depan sikit, akan nampak signboardAirport Express disebelah kiri korang..ambil lift turun kebawah kemudian follow je signboard sampai la jumpe kaunter tiket. 
Harga tiket sehala ke Stesyen Sanyuanqiao ataupun Dongzhimen adalah CNY 25 (RM 16). Bagi memudahkan korang, abam syorkan untuk beli je kad Beijing Transportation Smart Card (BTSC) ataupun lebih dikenali dengan namaBeijing Yikatongkat kaunter tu..harga kad ni CNY20 (RM 13) (refundable), dan korang top up CNY 100 (RM 62) dalam tu, mmg akan cukup untuk cover perjalanan selama korang berada di Beijing, itupun kalau korang ikut bebetul itinerary yang abam bagi ni. Untuk tempat tinggal, abam syorkan sangat sangat sangat sangat dan teramat la s…